• 8142
1

Fajar Pakeer

Innocent Oleh Aeyfa Nasri

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Innocent Oleh Aeyfa Nasri

Hidup adalah sebuah misteri. Kutip semua kunci dan cuba buka tanpa ada kesilapan. Jika tidak... GAME OVER - AQRAM

Tanpa sedar, permainan nyawa itu telah meragut hampir seluruh ahli keluarga Imroatul Ain. Dia bagaikan lumpuh untuk meneruskan hidup. Siapa sebenarnya Aqram?

Namun, kehadiran Dzul seolah-olah memberi harapan baru buat Imroatul Ain. Lelaki itulah yang menjadi sumber kekuatan untuk dia meneruskan semua ini dalam menjejaki motif Aqram!

“Dia dikatakan ketua bagi kes ini, tapi masing-masing seakan sengaja berdiam diri. Dah banyak berlaku, tapi orang atasan pun macam sengaja diam.” - DZUL

Satu per satu insiden menimpa diri Imroatul Ain tanpa pengetahuan sesiapa hatta Dzul. Dia takut untuk merasai kehilangan buat sekian kali. Kali ini, biarlah dia terkorban demi insan yang dia sayang.

Hidup ini terlalu singkat untuk bersedih. Percayalah, setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya. Bila orang buat kau… fight it back with love – IMROATUL AIN

Apa sebenarnya yang manusia durja itu mahu? Persoalan demi persoalan hadir membuat emosi Imroatul Ain terganggu. Sukmanya menjerit inginkan keadilan.

Tampaknya… segalanya terlalu misteri. Segalanya kelam dan mengerikan.

Mungkin dengan kematiannya membuatkan mereka bersorak kepuasan, tetapi dia… Imroatul Ain tidak akan membiarkan sorakan itu terjadi. Permainan jahat itu harus dilumpuhkan.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Permainan maut dan ancaman terhadap nyawa
  • Misteri identiti serta motif Aqram
  • Trauma kehilangan ahli keluarga
  • Penyiasatan, konspirasi dan usaha mendapatkan keadilan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel thriller psikologi
  • Peminat cerita misteri dan penyiasatan
  • Pembaca yang suka plot penuh suspen serta kejutan
  • Peminat kisah konspirasi, jenayah dan keadilan

Maklumat Buku

  • Penulis: Aeyfa Nasri
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838221092
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan