• 8180
1

Fajar Pakeer

The Witness Oleh Suhailah Selamat

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis The Witness Oleh Suhailah Selamat

“Buka mata kau sekarang! Tataplah muka aku puas-puas! Jadi, aku ada satu alasan untuk membunuh kau!” – PSYCHO

Momen terindah malam itu menjadi momen tragedi buat Affiyah. Dia menjadi saksi pembunuhan. Dia menjadi buruan sehingga ke hujung nyawa.

Sekelip mata, hidupnya berubah… satu per satu miliknya hilang dan lenyap. Ibunya yang disangkakan meninggal dalam kemalangan sebenarnya mati dibunuh oleh si pembunuh psycho!

Kehadiran Zacky, si kekasih lama sedikit sebanyak mengubat luka di jiwa Affiyah.

“That's good to hear. Because, she’s precious to me too. Now and forever.” - ZACKY

Namun, Affiyah sekali lagi diburu. Dua nyawa turut menjadi mangsa kerakusan si psiko yang tidak berhati perut dan dia juga nyaris mati!

“Kalau saya tak pakai cermin mata, setiap kali saya tersentuh tangan mereka, saya akan dapat lihat secara sekali imbas segala perbuatan jahat mereka.”- AFFIYAH

Mungkinkah Affiyah berjaya mengesan si pembunuh hanya melalui sentuhan?

Adakah selamanya Zacky akan menjadi racun dan penawar yang sentiasa menemani dirinya?

Atau mungkin Affiyah diburu dan dibunuh sebelum sempat bertindak?!

Larilah walau ke hujung dunia sekalipun, takdir tetap jua menemukannya dengan sang pembunuh kerana antara mereka berdua, hanya seorang sahaja yang akan selamat.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Saksi pembunuhan dan usaha melarikan diri daripada pembunuh psiko
  • Misteri kematian ibu yang disangka akibat kemalangan
  • Kuasa melihat perbuatan jahat melalui sentuhan
  • Hubungan cinta lama antara Affiyah dan Zacky

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel thriller dan suspens
  • Peminat kisah pembunuhan serta misteri penyiasatan
  • Pembaca yang menyukai watak utama wanita dalam situasi berbahaya
  • Peminat elemen psikologi, trauma dan kuasa luar biasa

Maklumat Buku

  • Penulis: Suhailah Selamat
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838220705
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan