• 4524
1

Alaf 21

Jangan Percaya!

Regular price
RM 22.00
Sale price
RM 22.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Jangan Percaya!

PERTEMUAN pertama Bella Amira dan Kaylina sudah cukup membuatkan hatinya diasak seribu macam rasa. Saat tangan mereka bertaut, imbasan hitam putih mula menerjah ke minda Bella. Senyuman seorang wanita berbibir nipis hadir dan kelihatan sebilah pisau tajam bergerigi di tangannya. Pisau itu berlumuran darah!

“Bella Amira!” Rizqi cuba membawanya ke alam nyata.

Semenjak itu, kehidupan Bella tidak lagi serupa. Isteri baru bekas suaminya itu menyimpan seribu satu macam ulah dan suka bermuka-muka. Bermula dengan kematian anak sulungnya, Bella tahu Kaylina ada perkaitannya.

Namun begitu, siapa yang percayakan kata-katanya? Kaylina yang lebih manja digelar Kay itu seorang wanita yang lemah lembut, pandai memasak dan sayangkan kanak-kanak. Di hadapan Rizqi, pijak semut pun tak mati. Di belakangnya, anak-anak Bella menggelar dia raksasa maha jahat!

Bella pula sering ditimpa mimpi buruk semenjak mengenali wanita itu. Siapa Kaylina sebenarnya? Mampukah Bella membuatkant mereka percaya yang Kay bukanlah seperti yang mereka sangkakan? Jangan sampai nanti mereka semua mati dalam keadaan tidak percaya, sudahlah!

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Misteri identiti dan niat sebenar Kaylina
  • Imbasan hitam putih serta mimpi buruk Bella
  • Manipulasi, penyamaran dan sikap bermukamuka
  • Konflik keluarga serta hubungan bekas suami dan isteri baharu

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel thriller psikologi
  • Peminat cerita misteri dan penyiasatan
  • Pembaca yang gemarkan watak antagonis penuh rahsia
  • Peminat kisah konflik keluarga dan hubungan rumah tangga

Maklumat Buku

  • Penulis: Syaida Ilmuna
  • Penerbit: Alaf 21
  • ISBN: 9789678606240
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan