Fajar Pakeer
Persis Drakula Oleh Asraf Shaari
- Regular price
- RM 27.00
- Sale price
- RM 27.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Persis Drakula Oleh Asraf Shaari
Sejarah menjadikan dirinya liar. Sekelilingnya adalah musuh utama.
Dia tergoda dengan duniawi sehingga tergamak mengikut telunjuk iblis. Darah manusia adalah santapan utamanya.
Tatkala malam melabuhkan tirai, pasti malapetaka terjadi.
Segalanya harus ditunaikan setelah termeterai lafaz janji untuk menjadi hamba abdi kepada makhluk terkutuk.
Serangan demi serangan bukan sahaja membuatkan seluruh kampung berjaga-jaga, malah membuatkan mereka terpinga akan kehadiran makhluk yang seakan-akan drakula.
“Kamu mesti bunuh tujuh orang lelaki dengan cara menggigit leher mereka dan meminum darahnya. Cukup tujuh lelaki dibunuh pada setiap malam keliwon, wajah kamu akan pulih semula seperti keadaan asal. – Tok Alang
“Aku nak kau mengaku sekarang, apa yang kau dah buat selama ni! Biar orang kampung yang ada kat sini kenal siapa kau sebenarnya! – Sudin
“Masa saya jumpa dia pun menggigil satu badan. Muka pucat lesi. Tak tahulah makhluk apa yang dia tengok.” – Fikri
Andai mereka sahabat karib atau seteru, adakah peluang untuk menjadi mangsa begitu cerah?
Mampukah dia melarikan diri melepaskan segala derita yang diciptanya?
Adakah cara untuk menewaskannya?
Hanya darah manusia yang mampu membendung kehausan tekaknya.
“Aku takkan berhenti sebab darah manusia ialah satu-satunya makanan aku. Nyawa mereka adalah pelengkap kepada usia aku. Aku akan terus berdamping dengan kau.”
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Makhluk seakanakan drakula dan keganasan berdarah
- Perjanjian dengan iblis serta penghambaan kepada makhluk terkutuk
- Serangan misteri yang menghantui sebuah kampung
- Persahabatan, pengkhianatan dan pendedahan identiti sebenar
Buku Ini Sesuai Untuk
- Peminat novel seram dan kisah makhluk ghaib
- Pembaca yang menggemari cerita drakula, pontianak dan peminum darah
- Peminat kisah misteri dengan unsur pembunuhan
- Pembaca remaja dan dewasa yang sukakan cerita mendebarkan
Maklumat Buku
- Penulis: Asraf Shaari
- Penerbit: Fajar Pakeer
- ISBN: 9789838221641
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg