Fajar Pakeer
Detak Oleh Ombak Pantai
- Regular price
- RM 23.00
- Sale price
- RM 23.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Detak Oleh Ombak Pantai
“Kau tak layak jadi isteri aku, tubuh kau dah disentuh” – AQHAR ISKANDAR
Ikutkan hati mahu saja dia menampar lelaki itu, tetapi akalnya melarang. Hanya senyuman mampu diberikan atas penghinaan yang merendahkan dirinya.
Kalau bukan sebab masing-masing tak nak bantah permintaan mak dan mama. Penyatuan ini tidak akan terjadi. Menjadi pengantin untuk manusia bernama Aqhar Iskandar bukanlah impiannya.
Nazeera Kasturi dan Aqhar Iskandar. Dua manusia bagai langit dan bumi. Menyandang sebagai Puan Muda di Ladang Paduka bukan sesuatu yang mudah. Nazeera perlu berhadapan dengan ketaksuban Aqhar dalam membanteras jenayah di kawasan sempadan hutan.
Pandangan mata, dia nampak saja rapuh, tetapi disebalik kerapuhan itu tersimpan satu rahsia. Ternyata dia bukan gadis sembarangan.
Saat sindrom jatuh cinta melanda tembok hati Aqhar dan Nazeera, saat itu juga… bahaya yang menanti bukan calang-calang. Andai tersilap, kematian menjadi galang ganti.
Tegakah Aqhar membabitkan Nazeera demi kepentingan dirinya?
Nazeera, masih mampukah menerima Aqhar dalam hidupnya apabila mengetahui hidup lelaki itu yang sentiasa dikejar bayangan maut.
“Ira tak nak pertaruhkan nyawa Ira kat sini. Abang mungkin dah terbiasa dengan semua ini. Tapi tidak Ira. Please… Jangan kongkong Ira lagi. Ira tak ada kaitan dengan kerja abang.” – NAZEERA KASTURI
Merelakan yang sudah bersarang di hati, bukannya mudah. Tapi, bila nyawa menjadi taruhan, kata terakhir adalah melepaskan.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Perkahwinan yang diatur dan konflik rumah tangga
- Cinta yang berkembang daripada kebencian dan salah faham
- Pengorbanan, kepercayaan dan kesetiaan dalam hubungan
- Rahsia masa lalu serta identiti sebenar watak
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik dengan kisah perkahwinan terpaksa
- Peminat watak lelaki dominan dan heroin yang tabah
- Pembaca yang menyukai konflik rumah tangga serta hubungan penuh emosi
- Peminat novel romantik berlatarbelakangkan jenayah dan bahaya
Maklumat Buku
- Penulis: Ombak Pantai
- Penerbit: Fajar Pakeer
- ISBN: 9789838220491
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg