• 6898
1

Penulisan2u

Lili Buat Najah Oleh Nazurah Aishah

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Lili Buat Najah Oleh Nazurah Aishah

Di kota penjajah itu, Tasha pertama kali kenal cinta. Tuhan kirimkan lelaki yang baik, elok paras rupa seperti dari syurga untuknya. Cinta bertaut sejak mata bertentang mata dan hati mulai menyimpul rasa kasih yang amat mendalam antara mereka berdua.

“Sebagai ratu hati abang, Tasha perlu mendapat tempat yang paling tinggi... Nak tinggi punya pasal, abang jadikan wallpaper bilik ni... Tasha selalu dekat dengan abang, bila abang rindu abang tengok dinding tu. Tiap kali tengok Tasha abang, rindu jadi lenyap... Bertukar menjadi cinta.”- SYAHRUN NAJAH

Janji disulam untuk setia selamanya. Namun, kebahagiaan yang dicari tidak mudah seperti yang disangka. Dan... Berani Najah berkahwin di sana tanpa pengetahuan mamanya, lebih berani lagi dia memilih jodohnya sendiri bukan dengan wanita pilihan mamanya. Syahrun Najah memang anak yang selamanya menguji kasih sayang mama.

“Awak pilih dia atau mama?! Pilih salah satu, Najah... Kalau awak sayangkan mama, awak ceraikan dia tapi kalau awak pilih dia, awak jangan panggil mama lagi, awak anak derhaka!” - TUNKU HELENA

Sebahagian hati Tasha memujuknya untuk memulangkan Najah kepada mamanya dan dia sanggup berkorban untuk kebahagiaan mamanya tetapi hakikatnya Tasha sedar dia hanya melukakan hati Najah.

“I can’t live without you... And I am so down when you left me... Tak terbayang macam mana hidup abang jika Tasha betul-betul pergi tinggalkan abang. I need you here with me, you are my strength... Don’t leave me ever again, sayang. Abang boleh mati kalau Tasha tak ada...”- SYAHRUN NAJAH

“Tasha janji, bang... Apa pun terjadi lepas ni, Tasha tak akan tinggalkan abang... Maafkan Tasha...” - TASHA

Cintanya yang suci terhadap Najah membuatkan dia untuk tidak berputus asa mempertahankan rumah tangganya. Namun, hatinya tiba-tiba runtun apabila mendengar permintaan daripada wanita paling tinggi darjat dalam hidup Najah. Sudah puas dia menabur usaha, namun hati Tunku Helena masih tidak menerimanya.

Demi cintanya terhadap Najah, dia tidak boleh menyerah kalah dengan membiarkan perkahwinan mereka musnah sehinggalah dia dikejutkan dengan satu hakikat yang amat memeritkan. Najah, telah kau tunai semua janji tapi satu kau mungkiri... Untuk hidup bersamaku.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta yang bermula daripada pertemuan dan berkembang menjadi hubungan mendalam
  • Perkahwinan rahsia serta keberanian memilih jodoh sendiri
  • Konflik antara pasangan dengan restu dan kehendak ibu
  • Pengorbanan, kesetiaan dan usaha mempertahankan rumah tangga

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel cinta penuh konflik dan emosi
  • Peminat kisah perkahwinan rahsia serta percintaan selepas berkahwin
  • Pembaca yang tertarik dengan konflik antara menantu dan keluarga pasangan
  • Peminat watak wanita yang tabah mempertahankan rumah tangga

Maklumat Buku

  • Penulis: Nazurah Aishah
  • Penerbit: Penulisan2u
  • ISBN: 9789672321217
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan