• 2201
1

Jemari Seni

Melur Bunga Ivy

Regular price
RM 20.00
Sale price
RM 20.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Melur Bunga Ivy

Loving an Ivy

Teratai warna merah hati daunnya lebar berbiku, hijau. Ada tempayan besar ditanam seroja berbunga merah jambu. Deretan pasu tirus panjang berisi bunga-bunga kekwa bagai palet-palet warna. Pasu-pasu kecil warna putih dengan juntaian pokok-pokok ivy.

Sebuah impian yang menjadi kenyataan. Seperti ceria lagi warna-warni serta harumnya bunga-bunga di situ, itulah yang dia cuba terapkan dalam hidup ini.

Dia ingin berjaya. Dia ingin bahagia. Dia ingin dihargai.

Pertemuannya dengan Azam membuka ceritera baharu. Azam yang sungguh berazam itu adalah ‘masalah’ baginya. Namun Azam adalah kunci untuk membuka pencarian pada ‘dia’ yang sudah pergi. Sukar untuk dia melupakan ‘dia’, seperti sukarnya dia meletakkan Azam dalam hatinya.

Namun Attia perlukan ayah, jadi perlukah dia tutup hatinya dengan abaikan kehendak Attia? Atau memilih Azam semata-mata bagi membahagiakan anaknya?

Tetapi... kalau hati sudah tidak cinta, bolehkah hati-hati itu disatukan, Khalida?

* * *

NAZURAH AISHAH menggunakan pendekatan yang berbeza untuk mempersembahkan Melur Bunga Ivy. Ikuti Khalida untuk belajar menggubah bunga di Loving an Ivy, sambil ‘sertai’ babak cemas yang penuh emosi di situ.

Sebuah kisah cinta sewangi melur!

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta kedua dan peluang untuk membuka hati semula
  • Konflik perasaan antara kenangan lama dengan hubungan baharu
  • Dilema ibu tunggal dalam memilih pasangan demi kebahagiaan anak
  • Pencarian seseorang yang telah pergi dan proses melepaskan kehilangan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel cinta Melayu penuh emosi
  • Pembaca yang tertarik dengan kisah ibu tunggal dan kekeluargaan
  • Pembaca yang suka tema cinta kedua serta konflik hati
  • Peminat kisah pencarian, kehilangan dan peluang baharu dalam hidup

Maklumat Buku

  • Penulis: Nazurah Aishah
  • Penerbit: Jemari Seni
  • ISBN: 9789675118425
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan