Fajar Pakeer
For All The Wrong Reasons Oleh Reen Syazreena
- Regular price
- RM 26.00
- Sale price
- RM 26.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis For All The Wrong Reasons Oleh Reen Syazreena
Bila firasat hati sudah menjangka derita, sampai bila perlu ditanya apa itu bahagia?Seberapa banyak indah yg kau lukiskan, kenapa akhirnya selalu saja duka yg kau berikan?
Demi menyelamatkan perniagaan milik keluarga yang ditimpa masalah kewangan, Maya Ariana diminta berkahwin dengan Adam Ezriey. Waktu itu, Adam sedang bercinta dengan Hana Darlina yang juga merupakan sahabat baik Maya.
Mengetahui dirinya yang tak akan pernah bahagia dengan perkahwinan itu setelah mengkhianati sahabatnya, Maya dikejutkan pula dengan berita kematian Hana yang dianggap membunuh diri.
“Kalau you tak bersetuju dengan perkahwinan ni, Hana tak akan mati!” - MAYA
“You yang lagi layak jadi penyebab kematian Hana. You dah khianati dia! - ADAM
Adam fikir dia akan membenci Maya seumur hidupnya disebabkan satu kesilapan yang Maya lakukan untuk musnahkan hubungannya dengan Hana. Tapi, siapa sangka ego dan hatinya tidak bergerak seiring. Dia mula menyedari hatinya terpikat pada Maya tanpa mahu mengambil peduli wanita itu adalah ‘punca kematian’ Hana.
Setelah liku-liku hidup yang dihadapi mereka, benarkah kebahagiaan tak akan pernah menjadi milik Adam dan Maya?
“Manusia sebenarnya ada tiga topeng dalam hidup mereka. Yang pertama, yang mereka tunjukkan kepada dunia. Yang kedua, yang mereka tunjukkan hanya kepada ahli keluarga dan kawan-kawan rapat saja. Dan yang ketiga…” - JAY
“Yang mereka tidak pernah tunjukkan kepada sesiapa.” - MAYA
Maya dan Adam, benarkah mereka punca yang membawa kepada kematian Hana?
Atau ada yang bermain wayang bergaya tenang penuh dendam demi kepuasan diri dan kerakusan naluri?
Untuk semua alasan yang salah, mengalah pada rasa benci bukan punca hati perlu dirai, namun berperanglah pada emosi supaya beban yang digalas membawa keindahan pada warna diri.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Perkahwinan paksa demi menyelamatkan perniagaan keluarga
- Cinta tiga segi, pengkhianatan dan persahabatan
- Konflik emosi, kebencian dan rasa bersalah
- Misteri kematian serta persoalan bunuh diri
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang gemar novel romantik Melayu dengan konflik emosi yang mendalam
- Peminat kisah perkahwinan paksa dan cinta selepas berkahwin
- Pembaca yang menyukai tema pengkhianatan, persahabatan dan cinta tiga segi
- Peminat novel penuh misteri, rahsia keluarga dan unsur dendam
Maklumat Buku
- Penulis: Reen Syazreena
- Penerbit: Fajar Pakeer
- ISBN: 9789838221474
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg