• 9210
1

Fajar Pakeer

Terhina Sebuah Kemuliaan Oleh Suzana Jumadil

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Terhina Sebuah Kemuliaan Oleh Suzana Jumadil

Takdir yang mengatur jalan hidup dan pertemuan insan. Lantas darjat dan darah keturunan menjadi ukuran nilai kemuliaan menyebabkan manusia tersungkur menghadam makna kasih dan sayang.

“Orang kebanyakan dan orang gaji, tak layak duduk makan semeja bersama kita.” - Sharifah Zulfah

Kerana marah dan dendam kepada dua wanita yang pernah dikasihi, dia menguburkan segala kenangan dan menyuburkan dendam kepada semua wanita yang ditemui.

Perempuan semuanya sama. Menggunakan kecantikan dan kelembutan menundukkan lawan jantina. Tak ubah seperti anai-anai, sesudah memamah tumpangan dan hajat terlaksana, maka dia akan meninggalkan tumpangannya rebah sendiri. Patutlah spesis mereka paling banyak di neraka. - Syed Zerhan Qeisar

Kehilangan insan-insan tersayang secara serentak, menyebabkan dia kemurungan selama bertahun-tahun. Kini, dia ingin mencari makna hidup di atas kaki sendiri. Namun, pertemuan dengan seseorang pada waktu yang salah menjadi gendala untuknya terus berbakti.

“Anggap saja pernikahan yang penuh pembohongan itu adalah kesilapan
paling besar yang pernah kita lakukan.” - Zuyen Qaireen

Apakah hatinya mampu diubah menerima ketentuan itu di akhir nanti?

Bagaimanakah kemuliaan yang diukur daripada darah keturunan mampu menafikan rasa kemanusiaan?

Mungkinkah rasa cinta dan rindu yang bersisa, melorongkan ruang keampunan?

Siapakah di antara mereka yang sebenar yang paling jijik hingga menghina kemuliaan?

“Destiny is provided not to be blamed for past mistakes. But destiny is to be thanked for there must be hidden wisdom.”

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta terhalang oleh perbezaan darjat dan keturunan
  • Dendam, penghinaan dan prasangka terhadap wanita
  • Perkahwinan yang dibina atas pembohongan
  • Kemurungan, kehilangan dan usaha mencari kekuatan diri

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu yang menggemari konflik cinta penuh emosi
  • Pembaca yang tertarik dengan kisah cinta berlainan darjat dan keturunan
  • Peminat cerita tentang perkahwinan, dendam dan rahsia masa lalu
  • Pembaca yang menyukai tema kemurungan, kehilangan dan pemulihan emosi

Maklumat Buku

  • Penulis: Suzana Jumadil
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838221702
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan