• 9163
1

Kaseh Aries Publication

Dia Maryamku Oleh Shafatin Yusof

Regular price
RM 32.00
Sale price
RM 32.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Dia Maryamku Oleh Shafatin Yusof

“I can handle the truth. It’s the lie that kills me.” ~ MARYAM

Waktu dan takdir menemukan mereka dalam sebuah perjalanan. Indah pada permulaan namun di sebaliknya terlindung sebuah kepahitan.

“Perjalanan kita menuju pengakhiran yang sama, meskipun berbeza laluan dan permulaan.” ~ FATEH ADDIN

Dalam perjalanan itu mereka adalah satu. Mereka kehilangan, mereka ditinggalkan.

Kehilangan bagi Maryam sebenarnya adalah kekuatan. Bukan titik kelemahan. Bukan kesedihan berpanjangan. Maryam merasai kehilangan pada mereka yang pulang.

Bagi Ayden Lee, ditinggalkan orang tersayang menjadikan dia manusia yang mati pada jiwa, kosong tanpa rasa, hidup dalam dendam yang tidak pernah hilang.

“Jika awak mampu membuatkan saya jatuh suka pada awak, mungkin suatu hari nanti awak juga mampu membuatkan saya jatuh cinta pada agama awak, Maryam.” – AYDEN LEE

“Jangan libatkan dia dalam permasalahan di antara kau dan aku. Sekali kau sentuh dia, aku tak akan teragak-agak untuk hapuskan kau dengan tangan aku sendiri.” – FATEH ADDIN

Saat perjalanan mereka berteman bahagia, akhirnya sebuah rahsia mengoyakkan seluruh kepercayaan. Kerana kebenaran itu, Sarah Maryam tewas. Bukan kerana kebenaran yang menyakitkan tapi pembohongan yang melukakan.

“Sarah Maryam, awak sedang menghukum saya.”

“Saya tak pernah menghukum awak. Saya bukan Tuhan, bukan juga malaikat. Saya tak berhak menghukum, menghakimi atau menilai awak. Tapi semua ini benar-benar buat saya sakit.”

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta merentas perbezaan agama dan kepercayaan
  • Kehilangan, perpisahan dan kekuatan diri
  • Rahsia, pembohongan dan kepercayaan dalam hubungan
  • Dendam, luka emosi dan proses penyembuhan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Pembaca yang menyukai kisah cinta berunsur Islamik
  • Pembaca yang gemar konflik cinta berlainan agama
  • Pembaca yang tertarik dengan tema rahsia, pengkhianatan dan dendam

Maklumat Buku

  • Penulis: Shafatin Yusof
  • Penerbit: Kaseh Aries Publication
  • ISBN: 9789672035879
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan