• 9221
1

Kaseh Aries Publication

Khaleed Eimran Sang Egois Cinta Oleh Cik Tet

Regular price
RM 32.00
Sale price
RM 32.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Khaleed Eimran Sang Egois Cinta Oleh Cik Tet

Kahwin?

Bunga tak pernah terfikir pun akan melalui semua itu dalam hidupnya. Lebih-lebih lagi bila dia hanyalah sekuntum bunga yang telah pun pudar warnanya. Cinta dalam hatinya telah lama hilang hanya kerana kerakusan orang lain.

Kerana itu, Bunga tutup hatinya untuk semua lelaki. Dia tak izinkan hatinya untuk menyintai, apalagi dicintai.

Namun, takdir tertulis lain. Pertemuannya dengan si kecil, Aqila, buat hati Bunga kembali disentuh. Kembali bergelodak.  Bukan kerana Aqila, tetapi kerana papa Aqila yang menganggapnya bagaikan musuh ketat.

“Kenapa papa marah Cik Bunga?”-Aqila

“Sebab papa benci orang yang munafik. Orang yang dah buat papa hampir mati.”-Khaleed Eimran

Bukan senang untuk bertahan dalam sebuah kebencian. Bunga dah cuba menjauh, namun langkahnya tersekat dengan kepolosan si kecil bermata hazel.

“Cik Bunga janganlah pergi. Mama Qila dah pergi tinggalkan Qila, Cik Bunga pun nak tinggalkan Qila jugak ke?”-Aqila

Kerana si kecil itu, Bunga tadahkan hatinya untuk dilukai berkali-kali. Dia bertahan dengan setiap kedinginan Khaleed. Menelan semua bicara tajam Khaleed kepadanya.

Sehinggalah pada satu saat, hati Bunga dah tak mampu untuk terus bertahan. Menunggu, bererti dia harus membiarkan hatinya lumat disakiti. Jadi dia memilih untuk pergi walaupun kakinya terlalu berat membilang tapak. Ada sesuatu yang menghalangnya di situ.

“Mama dah tak sayang Qila?”-Aqila

“Sampai mati, mama akan sayang Qila. Tapi mama tak bertuah untuk terus bersama dengan Qila. Izinkan mama pergi, sayang. Mama kena selamatkan jiwa mama yang dah hampir mati.”-Bunga

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta dan konflik emosi antara Bunga dengan Khaleed Eimran
  • Luka masa lalu, pengkhianatan dan kesukaran mempercayai cinta
  • Hubungan antara Bunga dengan Aqila, anak kecil yang kehilangan kasih seorang ibu
  • Kebencian, salah faham dan tuduhan terhadap masa lalu Bunga

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel romantik Melayu penuh konflik
  • Peminat kisah cinta antara lelaki egois dengan wanita yang terluka
  • Pembaca yang menyukai tema ibu tunggal, anak kecil dan keluarga
  • Peminat cerita tentang salah faham, pengkhianatan dan rahsia masa lalu

Maklumat Buku

  • Penulis: Cik Tet
  • Penerbit: Kaseh Aries Publication
  • ISBN: 9786297509037
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan