• 8166
1

Fajar Pakeer

The Hidden Truth Oleh Farhah Aiddin

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis The Hidden Truth Oleh Farhah Aiddin

Adakah mimpi itu nyata atau sekadar fantasi?

Apa yang akan kau lakukan jikalau mimpi yang kau alami adalah sebuah kenyataan? Sama ada cepat atau lambat, kau tahu mimpi itu pasti akan terjadi. Kau bahagia… namun ada sesuatu yang kejam menanti…

Ayyash Furqan, dia mangsa keadaan. Hidupnya sentiasa disulami konflik yang menyakitkan. Hanya dalam mimpi sahaja dia dapat merasai apa itu indah.

Hulya Amaya, si gadis hujan yang sering dipulaukan kerana wajahnya berparut hodoh. Parut kekal yang meninggalkan seribu satu lara yang tak mungkin hilang.

Persamaan? Kedua-dua melalui liku hidup yang kejam. Perbezaan? Seorang loser membiarkan saja diri ditindas manakala seorang lagi brutal melawan apa saja yang menghalang.

“Dendam itu lebih menakutkan daripada mahkluk halus yang sedang memerhati kita sekarang.” -AYYASH

“Kadang-kadang aku terfikir, kenapa perlu berdendam walhal ia amat menyakitkan?” -HULYA

Ada ranjau yang menikam. Ada cahaya yang menyilaukan. Kisah yang mahu mereka diam tersembunyi dalam lubuk hati masing-masing. Semakin mereka mengenali antara satu sama lain, semakin banyak perkara memeritkan.

Mungkinkah dengan mengikut aksara mimpi rasa bahagia mampu menjengah hidup Ayyash? Atau Hulya perlu mengubahnya untuk mencipta yang diimpikan selama ini?

Jika mimpi itu membahagiakan, biarkan aku terus bermimpi kerana realiti di sebalik kebenaran, mampu melenyapkan sebuah makna yang tersembunyi.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Mimpi dan persoalan antara realiti dengan fantasi
  • Trauma, parut emosi dan kesan penindasan
  • Dendam, konflik keluarga serta perjuangan melawan kezaliman
  • Persahabatan, kepercayaan dan hubungan antara dua insan yang terluka

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel fiksyen misteri dan suspens
  • Peminat kisah psikologi yang penuh konflik emosi
  • Pembaca yang menggemari tema trauma, dendam dan rahsia tersembunyi
  • Remaja dan dewasa yang menyukai kisah watak kompleks serta penuh luka

Maklumat Buku

  • Penulis: Farhah Aiddin
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838220880
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan