• 8280
1

Penulisan2u

Wish List Oleh Syamnuriezmil

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Wish List Oleh Syamnuriezmil

Wish List karya Syamnuriezmil membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Umair Wajdi. Semua impian akan menjadi kenyataan kalau kita ada kesungguhan... Safa Auliya mempunyai lima senarai impian yang masih belum direalisasikan. Bagi Safa Auliya, impian perlulah disimpan sebagai rahsia kerana kalau diberitahu pada orang lain, kelak tak akan

Sinopsis Novel Wish List

Semua impian akan menjadi kenyataan kalau kita ada kesungguhan...

Safa Auliya mempunyai lima senarai impian yang masih belum direalisasikan. Bagi Safa Auliya, impian perlulah disimpan sebagai rahsia kerana kalau diberitahu pada orang lain, kelak tak akan menjadi kenyataan. Sebab itulah hubungan dia dengan Umair Wajdi hanyalah setakat kawan baik walaupun setelah sepuluh tahun mereka berkawan, kerana Safa Auliya tak mampu untuk beritahu impiannya kepada Umair Wajdi.

Sehinggalah...

“Kak Safa... Abang dah tak ada.”
Umair Wajdi meninggal dunia akibat kemalangan. Hancur luluh hati Safa Auliya apabila impiannya itu... Tidak kesampaian.
Namun, sebagai seorang kawan baik, Umair Wajdi tidak meninggalkan Safa Auliya dengan begitu sahaja. Dia meninggalkan Safa Auliya dengan lima impiannya yang perlu Safa Auliya sempurnakan mengikut turutan. Malangnya, Safa Auliya telah berjanji hanya akan sempurnakannya apabila dia berjumpa dengan seseorang yang serupa dengan Umair Wajdi.

Allah S.W.T akhirnya memakbulkan doanya apabila dia tertukar kopi yang tertulis namanya sebagai ‘Awek Cun’ kepada kopi orang lain yang tertulis ‘Z.A’ kerana sibuk berangan!

"Tak apa... Jangan rasa bersalah. Biar saya jadi Awek Cun hari ni.”-Zahkry Adam

Safa Auliya panik, dia tersilap tapi… Rupa lelaki itu mirip sangat dengan Umar Wajdi. Tersentak emosinya saat itu. Dan di situlah menjadi titik persahabatan mereka. Titik di mana bermulanya Safa Auliya mengajak Zakhry Adam sama-sama menyempurnakan wish list Umar Wajdi.

Apakah yang akan terjadi setelah Safa Auliya mendapat tahu siapa sebenarnya Zahkry Adam? Apakah kaitan Zahkry Adam dengan Zahier Adam? Adakah semua impian Umair Wajdi akan tertunai? Atau dibiarkan menjadi senarai menunggu?

Apa pun alasannya... Impian tak akan jadi kenyataan kalau kita tak ada kesungguhan.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengandungi nilai motivasi.
  • Mesej yang memberi inspirasi.
  • Sesuai dijadikan bacaan santai.

Genre Novel Wish List

  • Novel Melayu
  • Inspirasi

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Pembaca umum.
  • Peminat karya inspirasi.
  • Pencinta buku motivasi ringan.

Novel Berkaitan Syamnuriezmil

  • Awak Sangat Nakal!
  • Mr Grey
  • Kembali Mencintai
  • Manuskrip Cinta
  • Suami Tanpa Cinta