• 9275
1

Fajar Pakeer

The Sicilian Man Oleh Fatin Harh

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

The Sicilian Man Oleh Fatin Harh

The Sicilian Man karya Fatin Harh membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Kota Sicily. Kota Sicily menjadi titik ujian terbesar kepada gadis yang mencari kebenaran yang belum ternoktah. Saat Ariana bertemu Nichole, semuanya berlaku terlalu pantas. Kehilangan orang yang disayangi dan kehadiran Nichole yang begitu membingungkan. Nichole yang

Sinopsis Novel The Sicilian Man

Jiwanya adalah dunia gelap. Di situlah, sepasang hati bertemu. Kota Sicily menjadi titik ujian terbesar kepada gadis yang mencari kebenaran yang belum ternoktah.

Saat Ariana bertemu Nichole, semuanya berlaku terlalu pantas. Kehilangan orang yang disayangi dan kehadiran Nichole yang begitu membingungkan. Nichole yang berbahaya dan Nichole yang sukar diduga, Nichole yang….

“Mahu larikan diri daripada aku? Listen here, Ariana. Setiap langkah yang cuba kau ambil

untuk jauhi aku hanya akan memberi ancaman kepada kau. Kau tak akan pernah tahu siapa yang sedang menunggu peluang kerana kedegilan kau!” - Nichole Riccardo

Melihat cara Nichole melindungi, Ariana terpaksa akur dengan kata hati.

Nichole kata, dunia mafiosi ini neraka tetapi

Ariana tidak mengendahkannya.

Bagi Ariana, selagi lelaki itu ada di sisi, segala cabaran pasti mampu dihadapi.

Ternyata, kebenaran yang perlu diterima selepas itu lebih menyakitkan. Nichole adalah manusia paling jahat dalam hidupnya!

Pesanan William kepada Ariana agar jangan percayakan sesiapa. Jadi, siapa perlu dia percaya?

Ariana mahu menghancurkan Nichole tetapi kenapa hatinya sering menyuruh dia berhenti? Kenapa perlu ada perasaan yang menjadi penghalang?

“Patutnya awak bunuh saya sekali! Biar saya bebas dari neraka ini. Awak dah bunuh jiwa saya! Awak buat saya benci dengan awak!” - Ariana

Ariana akur. Rupanya ini neraka yang pernah dimaksudkan Nichole.

Fana ini memeritkan, semua makhluk berpaksi misteri, untuk terus berjalan memerlukan jiwanya kental dalam mencari keikhlasan kerana…

“Be careful who you trust. Remember, the devil was once an angel.”

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel The Sicilian Man

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Fatin Harh

  • Attraction