• 9210
1

Fajar Pakeer

Terhina Sebuah Kemuliaan Oleh Suzana Jumadil

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Terhina Sebuah Kemuliaan Oleh Suzana Jumadil

Terhina Sebuah Kemuliaan karya Suzana Jumadil membawa pembaca menyelami konflik perasaan apabila hati terpaksa membuat pilihan antara lebih daripada seorang insan. Kisah ini berpusat pada Sharifah Zulfah. Takdir yang mengatur jalan hidup dan pertemuan insan. Lantas darjat dan darah keturunan menjadi ukuran nilai kemuliaan menyebabkan manusia tersungkur menghadam makna kasih dan sayang. Menggunakan kecantikan dan kelembutan menundukkan lawan jantina. Tak ubah

Sinopsis Novel Terhina Sebuah Kemuliaan

Takdir yang mengatur jalan hidup dan pertemuan insan. Lantas darjat dan darah keturunan menjadi ukuran nilai kemuliaan menyebabkan manusia tersungkur menghadam makna kasih dan sayang.

“Orang kebanyakan dan orang gaji, tak layak duduk makan semeja bersama kita.” - Sharifah Zulfah

Kerana marah dan dendam kepada dua wanita yang pernah dikasihi, dia menguburkan segala kenangan dan menyuburkan dendam kepada semua wanita yang ditemui.

Perempuan semuanya sama. Menggunakan kecantikan dan kelembutan menundukkan lawan jantina. Tak ubah seperti anai-anai, sesudah memamah tumpangan dan hajat terlaksana, maka dia akan meninggalkan tumpangannya rebah sendiri. Patutlah spesis mereka paling banyak di neraka. - Syed Zerhan Qeisar

Kehilangan insan-insan tersayang secara serentak, menyebabkan dia kemurungan selama bertahun-tahun. Kini, dia ingin mencari makna hidup di atas kaki sendiri. Namun, pertemuan dengan seseorang pada waktu yang salah menjadi gendala untuknya terus berbakti.

“Anggap saja pernikahan yang penuh pembohongan itu adalah kesilapan
paling besar yang pernah kita lakukan.” - Zuyen Qaireen

Apakah hatinya mampu diubah menerima ketentuan itu di akhir nanti?

Bagaimanakah kemuliaan yang diukur daripada darah keturunan mampu menafikan rasa kemanusiaan?

Mungkinkah rasa cinta dan rindu yang bersisa, melorongkan ruang keampunan?

Siapakah di antara mereka yang sebenar yang paling jijik hingga menghina kemuliaan?

“Destiny is provided not to be blamed for past mistakes. But destiny is to be thanked for there must be hidden wisdom.”

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Terhina Sebuah Kemuliaan

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Suzana Jumadil

  • Hingga Nafas Yang Terakhir
  • Ternoda Sebuah Fitrah
  • Bukan Kerana Zalimnya Waktu