• 3857
1

Penulisan2u

Satu Peluru Cinta Oleh Aimy Haniya

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Satu Peluru Cinta Oleh Aimy Haniya

Satu Peluru Cinta karya Aimy Haniya membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Mendambakan. Di sebalik status kerjaya yang digalas, ARIQ ADAMY sama seperti lelaki lain. Mendambakan kasih sayang daripada seorang gadis. Mengelak untuk bercinta dengan mudah, Ariq membenarkan kesunyian melanda diri. Membiarkan sunyi berkubur dalam hati lelaki kelahiran

Sinopsis Novel Satu Peluru Cinta

Di sebalik status kerjaya yang digalas, ARIQ ADAMY sama seperti lelaki lain. Mendambakan kasih sayang daripada seorang gadis. Mengelak untuk bercinta dengan mudah, Ariq membenarkan kesunyian melanda diri. Membiarkan sunyi berkubur dalam hati lelaki kelahiran kota London yang menetap di New Zealand ini.

Pabila hadirnya ABIERATUL LYANA, alam cinta kelihatan begitu indah walaupun cinta bertepuk sebelah tangan, Ariq tetap cuba mencari cinta. Tapi, gelora cinta datang tanpa diduga. ZAREL datang memberi saingan. Biarpun dengan mudah saingan ditepis, status Ariq menjerat Abieratul Lyana ke dalam kancah bahaya.

“Kau kena sedar yang kau tu pembunuh. Sebab kaulah, Abby asyik cedera. Kalau bukan dia, orang di sekeliling dia yang akan cedera. Kau tak pernah fikir ke? Macam tu yang kau cakap cinta? Cederakan orang yang kau sayang?” - Zarel.

Tidak! Sunyi tidak boleh hadir lagi. Dendam perlu dibalas bagi menegakkan bukti. Kebenaran perlu terungkai untuk Ariq Adamy mencantumkan kembali cebisan kehidupan yang lama menghilang.

Adakah Ariq Adamy pasti dalam membuat keputusan? Mampukah Ariq Adamy bangkit menegakkan kebenaran?

Dapatkah si teruna kacukan Inggeris ini mencari kehidupan yang seakan-akan melambai pergi dan mengelak daripada ditembak satu peluru cinta?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Satu Peluru Cinta

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Aimy Haniya

  • Lelaki Khas Untuk Hanis
  • Kombo Disember 2016
  • Wanita Khas Untuk Qarin
  • My Sewel Guy