• 4562
1

Karyaseni

My Sewel Guy

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis My Sewel Guy

Sewel? Itu fakta kurang sahih yang berlegar dalam fikiran Nur Dahlia. Kerana hatiĀ  sudah menaruh harapan kepada Ridzwan, Dahlia ikutkan permintaan lelaki itu. Permintaan yang menyebabkan Dahlia mengenali Nasri Haikal. Lelaki sewel yang dianggap pelik untuk didekati. Bukan… Lelaki sewel yang menyakitkan hati! Lelaki sewel yang suka merenungnya dari bawah katil.

ā€œAwak sengaja nak kacau saya ke?ā€ - Nur Dahlia

ā€œAku ada kacau kau ke? Aku rasa… Aku tak ada sentuh kau langsung.ā€ – Nasri Haikal

ā€œBukan kacau yang ituā€¦ā€ - Nur Dahlia

ā€œHabis, kacau yang mana satu? Banyak kali ke aku kacau kau?ā€ - Nasri Haikal

Bagi Nasri Haikal, Nur Dahlia gadis yang terpilih untuk menjadi pembantunya. Gadis tabah yang hadir pada saat yang paling diperlukan. Bahkan gadis itu dipanggil sidekick yang digelar Sweet Robin kerana membantu dirinya mencari makna kehidupan yang sebenar. Gadis yang boleh dipercayai untuk menyelesaikan kemelut hidupnya.

ā€œBaru bangun. Ada apa? Wait, kenapa awak simpan nombor saya lepas tu letak nama saya Sweet Robin?ā€ - Nur Dahlia

ā€œOkeylah tu. Sweet Robin. Kau nak aku letak apa?ā€ - Nasri Haikal

ā€œLetak ajelah nama saya. Tak payahlah letak nama Sweet Robin semua tu.ā€ - Nur Dahlia

ā€œItu kan telefon aku.ā€ - Nasri Haikal

Atas sebab status sidekick, Dahlia menganggap Nasri Haikal sekadar lelaki sewel yang perlu dibantu. Dia buta dalam melihat segala perbuatan Nasri Haikal yang cuba mendapatkan perhatiannya kerana hatinya pernah menaruh harapan kepada Ridzwan. Tapi, apabila Ridzwan mula mendekat,Dahlia merasai kehadiran lelaki sewel bernama Nasri Haikal.

ā€œKalau kau buka mata kau besar-besar, kau tentu nampak ada lelaki yang nak kahwin dengan kau.ā€ - Nasri Haikal

ā€œDah… Dah buka besar-besar ni. Dekat mana lelaki tu? Dekat dalam kereta depan tu ke?ā€ - Nur Dahlia

ā€œNi… Lelaki tu dekat sini.ā€ - Nasri Haikal

ā€œMana? Awak ke?ā€ - Nur Dahlia

Perlukah dia meletakkan cintanya kepada seorang lelaki sewel sekali gus menolak Ridzwan yang pernah berada dalam hati kecilnya? Setiap masa dan perbuatan Nasri Haikal… Takkan tidak pernah mencuit hatinya? Akan bahagiakah Dahlia jika menerima lelaki sewel idalam hidupnya?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Hubungan cinta yang bermula daripada salah faham dan persepsi negatif
  • Cinta tiga segi antara Nur Dahlia, Nasri Haikal dan Ridzwan
  • Dinamik hubungan antara pembantu dan individu yang memerlukan sokongan
  • Proses mengenali keikhlasan, perhatian dan perasaan sebenar seseorang

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menyukai novel romantik komedi Melayu
  • Pembaca yang gemar watak lelaki pelik, spontan dan mencuit hati
  • Peminat kisah cinta yang berkembang daripada persahabatan atau kerjasama
  • Pembaca yang menyukai tema cinta tiga segi dan dilema memilih pasangan

Maklumat Buku

  • Penulis: Aimy Haniya
  • Penerbit: Karyaseni
  • ISBN: 9789670890692
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan