• 6894
1

Karyaseni

Pertemuan Oleh Hidayahtulhusra

Regular price
RM 23.00
Sale price
RM 23.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Pertemuan Oleh Hidayahtulhusra

Pertemuan karya Hidayahtulhusra membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Dzafri Mateen. Amna Safiya dan Dzafri Mateen dipertemukan di bumi Sabah saat hati mereka rapuh dan luluh. Tanpa sedar, pertemuan yang tidak diduga itu saling menyembuhkan hati yang berdarah. Walaupun tidak diluahkan, mereka seakan-akan memahami isi hati masing-masing. Saya

Sinopsis Novel Pertemuan

Amna Safiya dan Dzafri Mateen dipertemukan di bumi Sabah saat hati mereka rapuh dan luluh. Tanpa sedar, pertemuan yang tidak diduga itu saling menyembuhkan hati yang berdarah. Walaupun tidak diluahkan, mereka seakan-akan memahami isi hati masing-masing.

“Banyak ambil gambar tadi?” - Dzafri Mateen

“Banyak. Cantik tempat ni. Saya tak tahu sangat pasal tempat-tempat menarik kat Sabah ni. Nasib baik awak ada.” - Amna Safiya

“Kalau macam tu, apa kata lepas ni awak jadi peneman saya kat Sabah ni?” - Dzafri Mateen

“Peneman?” - Amna Safiya

“Awak tak percayakan saya? Kalau macam tu, saya ada cadangan. Awak ambil gambar saya, gambar IC saya, gambar nombor plat kereta. Lepas tu awak hantar kat keluarga awak ke, kawan awak ke? In case kalau saya ni orang jahat, keluarga awak tahu saya yang kidnap awak.” - Dzafri Mateen

“Okey, saya setuju untuk jadi peneman awak.” - Amna Safiya

Walaupun ketika di Sabah mereka mula rapat tapi pada Amna, dia sudah membuat keputusan yang hubungan mereka berakhir saat dia meninggalkan bumi Sabah. Bagi Amna, dia yakin tiada lagi pertemuannya dengan lelaki itu selepas dia pulang ke Semenanjung. Tapi dia silap. Mereka dipertemukan lagi setelah dia diterima bekerja sebagai photographer di tempat kerja Dzafri! Tetapi siapa sangka lelaki itu kini berada di hadapan matanya.

“Kenapa awak tak contact saya lepas balik Semenanjung?” - Dzafri Mateen

“Saya tertinggal kad nama awak dekat bilik hotel kat KK.” - Amna Safiya

“Nah! Lepas ni jangan tertinggal lagi.” - Dzafri Mateen

Hakikatnya, jika dia menyimpan nombor lelaki itu sekalipun, dia tidak akan menghubungi Dzafri. Jika ditanya, adakah dia senang dengan pertemuan tidak dijangka ini? Dia pasti yang jawapannya adalah ya. Tetapi jika ditanya kenapa, dia tiada jawapan yang tepat. Mungkin kerana lelaki itu membuatkan dia rasa selesa dan istimewa.

“Sedarlah, Amna! Lelaki kat depan kau ni dah ada isteri.”

Adakah pertemuan yang terjadi ini merupakan salah satu jalan untuk dia bertemu jodoh setelah dia mengetahui siapa Dzafri Mateen yang sebenar?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat nilai kekeluargaan.
  • Watak yang mudah dihayati.
  • Menyentuh emosi pembaca.

Genre Novel Pertemuan

  • Novel Melayu
  • Kekeluargaan
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat drama keluarga.
  • Pembaca dewasa.
  • Peminat kisah kehidupan.

Novel Berkaitan Hidayahtulhusra

  • Pemburu Bahagia