• 8193
1

Fajar Pakeer

Perasaan Yang Memilih Oleh Emiesha Nur Mk

Regular price
RM 23.00
Sale price
RM 23.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Perasaan Yang Memilih Oleh Emiesha Nur MK

Perasaan Yang Memilih karya Emiesha Nur MK membawa pembaca menyelami konflik perasaan apabila hati terpaksa membuat pilihan antara lebih daripada seorang insan. Kisah ini berpusat pada Nuwa. Please… bertahan untuk beberapa bulan aje. Lepas tu, janji everything will be okey.” -LUQH “Ni semua kerja gila, tau tak? Tak pasal-pasal semua orang cop saya ni girlfriend awak.” – NUWA Menjernihkan hubungan Datin Dhina dan Luqh akhirnya membawa kepada kisah

Sinopsis Novel Perasaan Yang Memilih

“Tolong jadi kekasih olok-olok saya. Please… bertahan untuk beberapa bulan aje. Lepas tu, janji everything will be okey.” -LUQH

“Ni semua kerja gila, tau tak? Tak pasal-pasal semua orang cop saya ni girlfriend awak.” – NUWA

Menjernihkan hubungan Datin Dhina dan Luqh akhirnya membawa kepada kisah percintaan olok-olok antara Nuwa dan Luqh.

Tugas yang diberikan memanglah tidak terlalu sukar. Lakonan mereka begitu mantap sekali gus memudahkan matlamat Luqh tercapai. Mempergunakan gadis lurus bendul seperti Nuwa tidaklah sesusah mana.

Tapi, hati Nuwa pula buang tabiat, tanpa sengaja terjatuh hati pada Luqh. Di saat menikmati cinta dalam diamnya itu, Nuwa dikejutkan pula dengan perkhabaran yang tidak diduga. Luqh memilih Zandra.

Jika benar Zandra sudah menjadi pilihan hati Luqh, di manakah kedudukannya dalam hidup Luqh?

Satu hari, Nuwa ditimpa kemalangan langgar lari dan mengakibatkan kakinya patah. Di sebalik kemalangan yang menimpa Nuwa, ada sebuah rahsia besar yang cuba disembunyikan oleh Zandra daripada pengetahuan Luqh.

Di saat Luqh ingin membaiki keadaan, Nuwa sudah berpaling. Baginya Luqh cuma kisah dongeng yang tak mampu digapai lagi.

“Mengharap pada benda yang memang dah tahu mustahil, memanglah sakit” – NUWA

Dalam diam, Luqh diawasi oleh seseorang. Seseorang yang selama ini memuja dalam diam, membenci tanpa sedar. Bukan Zandra. Tapi…

Terhenyak apabila kepercayaan dikhianati.
Tidak sesekali dibiarkan kutukan itu mengganggunya lagi kerana dia percaya luka akan sembuh oleh seseorang yang mengerti cara mencintai.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Perasaan Yang Memilih

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.