• 1157
1

Alaf 21

Ombak Rindu Oleh Fauziah Ashari

Regular price
RM 19.90
Sale price
RM 19.90
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Ombak Rindu Oleh Fauziah Ashari

Ombak Rindu karya Fauziah Ashari membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Hariz. IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam

Sinopsis Novel Ombak Rindu

IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat nilai kekeluargaan.
  • Watak yang mudah dihayati.
  • Menyentuh emosi pembaca.

Genre Novel Ombak Rindu

  • Novel Melayu
  • Kekeluargaan
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat drama keluarga.
  • Pembaca dewasa.
  • Peminat kisah kehidupan.

Novel Berkaitan Fauziah Ashari

  • Kan Kukejar Cinta Kamu
  • Rindu Cintaku
  • Cinta... Tiada Akhirnya
  • Duri
  • Bisik-Bisik Gelora