• 5024
1

Karyaseni

Misi Terlajak Cinta Oleh Mytun Abdullah

Regular price
RM 32.00
Sale price
RM 32.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Misi Terlajak Cinta Oleh Mytun Abdullah

Misi Terlajak Cinta karya Mytun Abdullah mengisahkan hubungan yang bermula dengan ikatan pertunangan dan pelbagai cabaran yang menguji hati. Kisah ini berpusat pada Hutang. Misi: Misi balas budi Target: Cucu jiran sebelah a.k.a mamat Benggali karpet Umur: 28 Tahun Jantina: Lelaki Tempoh misi: Sehingga target mampu berjalan semula Kronologi kes: Kerana kemalangan yang tak diduga, dia menjadi ‘penghutang’ kepada seseorang. Hutang

Sinopsis Novel Misi Terlajak Cinta

Misi: Misi balas budi
Target: Cucu jiran sebelah a.k.a mamat Benggali karpet
Umur: 28 Tahun 
Jantina: Lelaki
Tempoh misi: Sehingga target mampu berjalan semula

Kronologi kes:
Kerana kemalangan yang tak diduga, dia menjadi ‘penghutang’ kepada seseorang. Hutang duit dia mampu bayar, tapi hutang budi dan nyawa? Memang dia kenang sampai mati.

“Kerana budi, bertukar nyawa pun saya sanggup...” - Teja Iman.

Tapi, misi yang dirancang tak semudah macam makan kuaci. Memang haru biru jadinya apabila interior designer seperti dia yang sah-sah buta ilmu perubatan nak jadi pembantu fisioterapi. Untuk berhadapan dengan Uqail Wasim, hati seorang Teja Iman kena kebal, kuat dan padu. Telinga kena kalis peluru setiap kali ‘ditembak’. Kena sentiasa positif walaupun ada ketika dia rasa macam nak cekik diri sendiri. Mental tak boleh calar. Jiwa kena 200% kental! Nak pula berhadapan dengan mummy Uqail yang kerek tahap jingga.

“Ni hah! Apa pasal kau tak bawa baldi aje? Kan senang! Boleh aku berenang terus!” - Uqail Wasim

Misinya mula goyang apabila adik si target tiba-tiba muncul pula. Kononnya nak menuntut cinta yang terputus di tengah jalan suatu ketika dulu. Serius buat Teja rasa nak sewel.

“Walau apa pun terjadi, I won’t let you go. Never! Teja! You adalah milik I selama-lamanya! Sekali I sayang, I akan sayang sampai mati!” - Uqasyah Wajdi

Top-up pula dengan cik tunang target yang perasan cantik dan tak sedar diri tu…

“Jangan harap kau nak rampas Uqail dari aku! Aku nak kau sematkan dalam kepala otak dan seluruh urat saraf kau yang Uqail tu adalah tunang aku! Kau sedar diri kau tu siapa!” - Amni Balqis

Apa yang berlaku apabila nak dibalas budi, tapi cinta pula yang terpancing? Matilanak…

Lebih parah pula apabila cinta yang baru berputik itu menuntut satu pengorbanan.

“Kalau betul awak sayang dan cintakan saya, saya nak awak kahwin dengan Uqasyah Wajdi. Dan totally hutang budi awak langsai... Kosong-kosong! Your mission accomplished!” – Uqail Wasim

Apa pilihan yang Teja ada?  Berjayakah misinya tu?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Misi Terlajak Cinta

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Mytun Abdullah

  • Tulip Merah Untuk Dia