Fajar Pakeer
Love & You Oleh Lollysnow
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Love & You Oleh Lollysnow
Love & You merupakan novel romantik Melayu karya Lollysnow yang mengangkat kisah perkahwinan yang bermula tanpa cinta, namun perlahan-lahan membina rasa sayang, kepercayaan dan keserasian.
Novel ini membawa pembaca mengikuti perjalanan Azmir Izzudin dan Tia Adriana, dua insan yang berbeza personaliti tetapi dipertemukan oleh takdir dalam sebuah ikatan yang tidak pernah mereka rancang.
Dengan gabungan elemen romantik, konflik rumah tangga, perbezaan karakter dan kisah cinta selepas perkahwinan, Love & You menawarkan sebuah cerita yang manis, lucu dan penuh emosi.
Sinopsis Novel Love & You
Penyatuan dua insan bukan sekadar lafaz dan saksi. Ia adalah ikrar suci antara dua jiwa yang tidak selalu sehaluan.
Maka, bagaimana agaknya kisah apabila dua hati yang belum pernah saling mengenal, dipertemukan dan disatukan oleh takdir?
Masa lalu telah mengajarnya untuk tidak lagi mengikat hatinya pada sesiapa. Dia serik. Tak mahu lagi berulang. Namun, garis kehidupan berkata sebaliknya apabila dia tiba-tiba dilamar oleh seorang lelaki untuk anak gadisnya. Azmir Izzudin buntu. Ikutkan hati mahu menolak, tapi ada satu alasan memicu keputusannya untuk menerima lamaran itu.
Dia, Tia Adriana, anak tunggal Tuan Adha. Dimanjakan sejak kecil dan dibesarkan dengan segala perkara yang sempurna. Sifatnya manja dan keras kepala, sungguh berbeza dengan Azmir yang lebih sukakan ketenangan.
“I bagi peluang you lari.” – Tia
“Kenapa awak je yang tak lari?” – Azmir
Kerana tiada siapa yang melarikan diri malam itu, akhirnya Azmir pasrah menerima kehadiran gadis itu dalam hidupnya. Tanpa sedar, dia turut menerima hakikat bahawa ketenangan yang dinikmatinya selama ini bakal tergugat kerana sifat mereka yang bertentangan. Ada sahaja perbalahan yang tercetus.
Jika Tia api yang marak, Azmir pula minyak gasnya. Sudah tahu gadis itu mudah meletup, dicucuh pula kesabarannya. Bagi Tia, Azmir menganggapnya seperti budak-budak. Bagi Azmir pula, Tia terlalu suka membentak.
Di sebalik ketidaksamaan itu, masih wujud sesuatu yang mengikat mereka antara satu sama lain.
Azmir perlukan Tia. Tia perlukan Azmir.
Mampukah sebuah ikatan yang lahir tanpa cinta terus utuh menongkah badai waktu?
Bagaimana dengan masa lalu Azmir? Bolehkah Tia menutup mata, dan terus mempercayai bahawa lelaki itu adalah cinta pertama dan selamanya?
“I dah buang apa yang patut dibuang, dan I kembalikan apa yang tak patut dibuang.”
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Kisah kahwin tanpa cinta yang berkembang menjadi hubungan penuh makna.
- Watak Azmir dan Tia yang mempunyai personaliti bertentangan tetapi saling melengkapi.
- Gabungan romantik, komedi dan konflik rumah tangga yang realistik.
- Perjalanan cinta selepas perkahwinan yang manis dan menyentuh hati.
- Sesuai untuk peminat novel romantik Melayu bertemakan arranged marriage.
Genre Novel Love & You
Novel Romantik Melayu, Kahwin Tanpa Cinta, Arranged Marriage, Cinta Selepas Nikah, Drama Keluarga, Fiksyen Melayu.
Novel Berkaitan Lollysnow
- Love & You
- SHE
- Moonlight
- Benci Kurindu
- Novel romantik Melayu