• 8144
1

Fajar Pakeer

Kita Yang Terpilih Oleh Ana Mahnur

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Kita Yang Terpilih Oleh Ana Mahnur

Kita Yang Terpilih karya Ana Mahnur mengisahkan hubungan yang tercetus antara dua individu daripada dunia yang berbeza serta dipenuhi konflik emosi. Kisah ini berpusat pada Reen. Saling memberi dan menerima itulah yang menyempurnakan sesebuah ikatan. Penantian lima tahun Harith dan Noureen tidak mematahkan harapan meskipun tidak sempat bersama dengan kedua-dua anak syurga mereka. Selagi ada jalan tiada istilah putus asa. Kalau Noureen

Sinopsis Novel Kita Yang Terpilih

Saling memberi dan menerima itulah yang menyempurnakan sesebuah ikatan.

Penantian lima tahun Harith dan Noureen tidak mematahkan harapan meskipun tidak sempat bersama dengan kedua-dua anak syurga mereka. Selagi ada jalan tiada istilah putus asa.

“Umi nak kita batalkan ambil anak angkat.” - HARITH DANIYAL

“Habis, apa kita nak buat?” - NOUREEN

Yang tidak masuk akal apabila ibunya menyuarakan hasrat yang Harith sendiri tidak pernah terfikir. Perlukah? Tidak! Cukup dia punya seorang isteri. Kalau Noureen tidak sanggup, dia lagi tidak rela.

“Reen dah bosan sangat ke tengok muka abang hari-hari? Dah jemu pandang muka abang sampai main paksa-paksa macam ni?” - HARITH DANIYAL

Namun Noureen nekad dengan pendiriannya, walaupun dengan kata setuju itu bakal mengecewakan.

“Reen nak abang terima takdir hidup kita yang sekarang ini tidak seperti apa yang kita pernah impikan dulu. Hanya Dia yang berhak tentukan perjalanan hidup setiap hamba-Nya.” - NOUREEN

Bagi Harith itu keputusan Noureen bukan dia. Dia bukan dipaksa tetapi terpaksa. Dia mahu buktikan yang kebahagiaannya cukup untuk seorang bukan untuk dikongsi apalagi untuk dibahagi.

Saat cinta, setia dan bahagia, apa yang mampu dipertahankan?

Kemampuan diri, tuntutan hati … mana yang harus dituruti?

Janji dilafaz, impian dirancang… siapa yang bakal mengingkari?

Sekuat mana pun dia berpegang pada janji tetap bukan syarat untuk mereka mengecapi impian yang diidam.

Sesulit apa pun keadaan, tak akan ada yang meninggalkan dan tak akan ada yang ditinggalkan.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat nilai kekeluargaan.
  • Watak yang mudah dihayati.
  • Menyentuh emosi pembaca.

Genre Novel Kita Yang Terpilih

  • Novel Melayu
  • Kekeluargaan
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat drama keluarga.
  • Pembaca dewasa.
  • Peminat kisah kehidupan.