Fajar Pakeer
Full House Konserto Cinta Bunga Oleh Anastasia Qirana (aq)
- Regular price
- RM 27.00
- Sale price
- RM 27.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Full House Konserto Cinta Bunga Oleh Anastasia Qirana (AQ)
Full House Konserto Cinta Bunga karya Anastasia Qirana (AQ) membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Dengan. Wedding planner, guru tadika, mekanik, pelajar kulinari dan penjual kereta. INDAH MELATI “Buku lagi?” - MELATI “Bukulah. Bagi cincin karang, bukan awak nak terima pun.” - LEE Melati senyum segaris. Jejaka di sebelahnya ini bijak menghibur hati. Namun sering
Sinopsis Novel Full House Konserto Cinta Bunga
Wedding planner, guru tadika, mekanik, pelajar kulinari dan penjual kereta. Tidaklah terlalu huru-hara. Cuma full house sahaja.
INDAH MELATI
“Buku lagi?” - MELATI
“Bukulah. Bagi cincin karang, bukan awak nak terima pun.” - LEE
Melati senyum segaris. Jejaka di sebelahnya ini bijak menghibur hati. Namun sering diingatkan akal warasnya agar jangan sesekali hanyut dan terpedaya. Lelaki… Serba-serbinya baik sebelum dapat. Perangai sebenar, tunggu sesudah memiliki. Dia tidak mahu tersilap lagi, cukuplah hanya sekali.
MANIS TERATAI
“Kata-kata awak hari ni langsung tak masuk akal.” - TERATAI
“Kenapa tak masuk akal pulak?” - QARL
“Look at yourself! Awak lelaki yang sempurna, Qarl. Saya ni perempuan yang tak macam perempuan, hidup saya ni berkisarkan sepana, playar, pemutar skru, soket, WD-40, bla bla bla... Awak nak malukan diri sendiri apa?” - TERATAI
Teratai hanya mahu berpijak di bumi yang nyata. Pengajaran lalu, cinta bukanlah segala-galanya.
ANGGUN MATAHARI
You buat apa ni, Norman?” - ANGGUN
“Betul you nak tahu?” - NORMAN
“I tak suka main puzzle, Norman. Berterus terang aje.” - ANGGUN
“I’m kissing you… with my eyes. This is what I’m doing right now.” - NORMAN
Anggun dah biasa hidup sendiri. Salahkah andai dia menolak Norman yang banyak rahsia?
DINDA KEMBOJA
“Hantuuuuuu!” - CHASE
Kemboja keluh kesal. Ikut hati, mahu sahaja di-aikido-kan tubuh tegap di hadapan. Harap badan aje sado tapi otak sempit!
Kemboja = bunga kubur = hantu?
Formula mana kapten ragbi ni ambil? Imaginasi terlampau sungguh!!!
SERI ORKID
“Boleh tak kalau saya nak nikah dengan Orkid minggu depan? Dah tak sanggup nak pandang dia tanpa buat apa-apa.” - IZDIHAR
“Pak cik…!! Gatal tu cover sikit boleh tak?” - ORKID
Orkid bengang. Rasa macam nak sental urat saraf cikgu pesara dengan berus sabut coklat yang keras tu.
“Miang-miang saya, dengan gadis yang saya mahu sunting sebagai isteri saya aje. Dengan gadis lain saya tak buat. Tak nak cuba?” – IZDIHAR
Ini coretan Sang Bunga bertemu Si Kumbang. Mekar menyatu sukma, harum menyentuh jiwa. Ada yang molek, tidak kurang yang ribut. Ada yang manis, tidak kurang yang pahit.
Melangkah menyusuri alunan takdir, akan termeteraikah pengakhiran bahagia untuk kisah mereka yang baru sahaja bermula?
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Full House Konserto Cinta Bunga
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.