• 8839
1

Fajar Pakeer

For All The Wrong Reasons Oleh Reen Syazreena

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

For All The Wrong Reasons Oleh Reen Syazreena

For All The Wrong Reasons karya Reen Syazreena membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Mengetahui. Bila firasat hati sudah menjangka derita, sampai bila perlu ditanya apa itu bahagia?Seberapa banyak indah yg kau lukiskan, kenapa akhirnya selalu saja duka yg kau berikan? Demi menyelamatkan perniagaan milik keluarga yang ditimpa masalah kewangan, Maya Ariana

Sinopsis Novel For All The Wrong Reasons

Bila firasat hati sudah menjangka derita, sampai bila perlu ditanya apa itu bahagia?Seberapa banyak indah yg kau lukiskan, kenapa akhirnya selalu saja duka yg kau berikan?

Demi menyelamatkan perniagaan milik keluarga yang ditimpa masalah kewangan, Maya Ariana diminta berkahwin dengan Adam Ezriey. Waktu itu, Adam sedang bercinta dengan Hana Darlina yang juga merupakan sahabat baik Maya.

Mengetahui dirinya yang tak akan pernah bahagia dengan perkahwinan itu setelah mengkhianati sahabatnya, Maya dikejutkan pula dengan berita kematian Hana yang dianggap membunuh diri.

“Kalau you tak bersetuju dengan perkahwinan ni, Hana tak akan mati!” - MAYA

“You yang lagi layak jadi penyebab kematian Hana. You dah khianati dia! - ADAM

Adam fikir dia akan membenci Maya seumur hidupnya disebabkan satu kesilapan yang Maya lakukan untuk musnahkan hubungannya dengan Hana. Tapi, siapa sangka ego dan hatinya tidak bergerak seiring. Dia mula menyedari hatinya terpikat pada Maya tanpa mahu mengambil peduli wanita itu adalah ‘punca kematian’ Hana.

Setelah liku-liku hidup yang dihadapi mereka, benarkah kebahagiaan tak akan pernah menjadi milik Adam dan Maya?

“Manusia sebenarnya ada tiga topeng dalam hidup mereka. Yang pertama, yang mereka tunjukkan kepada dunia. Yang kedua, yang mereka tunjukkan hanya kepada ahli keluarga dan kawan-kawan rapat saja. Dan yang ketiga…” - JAY

“Yang mereka tidak pernah tunjukkan kepada sesiapa.” - MAYA

Maya dan Adam, benarkah mereka punca yang membawa kepada kematian Hana?

Atau ada yang bermain wayang bergaya tenang penuh dendam demi kepuasan diri dan kerakusan naluri?

Untuk semua alasan yang salah, mengalah pada rasa benci bukan punca hati perlu dirai, namun berperanglah pada emosi supaya beban yang digalas membawa keindahan pada warna diri.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel For All The Wrong Reasons

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Reen Syazreena

  • Isteri Cagaran
  • Setia
  • Kedua