• 9207
1

Fajar Pakeer

Darkest Moment Oleh Ayeshah Amani

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Darkest Moment Oleh Ayeshah Amani

Darkest Moment karya Ayeshah Amani membawa pembaca menyelami konflik perasaan apabila hati terpaksa membuat pilihan antara lebih daripada seorang insan. Kisah ini berpusat pada Khen Thanawat. Nukilan kehidupan manusia tidak semuanya tercoret indah. Adakalanya, ada garis hitam yang terconteng membuatkan dirinya larut dalam sunyi. Lontaran kata-kata nista sudah sebati dengan jiwa. Hidup diselubungi kegelapan, namun diredah jua. Dua insan ditemukan

Sinopsis Novel Darkest Moment

Nukilan kehidupan manusia tidak semuanya tercoret indah. Adakalanya, ada garis hitam yang terconteng membuatkan dirinya larut dalam sunyi. Lontaran kata-kata nista sudah sebati dengan jiwa. Hidup diselubungi kegelapan, namun diredah jua.

Malaysia dan Thailand.

Dua insan ditemukan dalam takdir yang kelam. Siapa sangka, hasrat seorang gadis buta untuk mencari pembunuh orang tuanya membuatkan dia ditemukan oleh seorang ketua kongsi gelap di negara gajah putih itu.

“Tolong saya... tolong cari siapa pembunuh ibu dan bapa saya.” – RATNA ANGGUN

Kerana terdesak, dia terpaksa meminta lelaki itu membantunya. Tetapi, ada harga yang perlu dibayar.

“Boleh, tapi aku ada satu syarat. Aku nak kau ikut aku dan berkhidmat selama dua tahun. Sebagai balasan, aku akan bantu kau cari pembunuh tu.” – KHEN THANAWAT

Cinta itu bagai batu permata dalam di dasar lautan. Hati yang beku tanpa sebarang belas kasihan pada rintihan sayu mula berubah.
Anggun Ratna berjaya memberi secebis kasih yang selama ini Khen Thanawat inginkan.
Namun, indah yang didamba, liku sengsara yang diselusuri. Bernafas di dalam dunia yang bermandikan darah dan air mata, tidak mudah. Terleka sikit, nyawa mereka bakal melayang seperti abu di malam hari.

Persoalannya, berjayakah Anggun menjejaki pembunuh orang tuanya dengan bantuan Khen?

Adakah kegelapan itu sentiasa menyelubungi hidup mereka atau akan ada cahaya yang datang menjengah?

Dua jiwa yang berbeza latar belakang dijemput masuk ke dalam takdir yang gelap dan kelam.

Persoalannya, berjaya ke mereka bertahan sehingga ke akhirnya? Atau... mereka akan lemas selamanya?

Jika momen hitam itu mengajar 1001 erti kehidupan, izinkan secebis cahaya terselit bersama untuk melenyapkan segala kegelapan yang merusuh jiwa dan raga.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Darkest Moment

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Ayeshah Amani

  • Imperfect Moment
  • Lockdown Moment