• 9504
1

Fajar Pakeer

Darah Pujaan Oleh Syauqie Mk

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Darah Pujaan Oleh Syauqie MK

Darah Pujaan karya Syauqie MK menampilkan hubungan yang bermula dengan perselisihan dan kebencian sebelum bertukar menjadi sesuatu yang tidak dijangka. Kisah ini berpusat pada Aminuddin. Along sedar yang matanya tiada berhijab. Kesilapannya menegur seorang kanak-kanak perempuan di gigi jeram pada suatu senja telah menjerumuskan keluarga mereka dengan gangguan tanpa henti. Dia ada kat luar tu..” “Lembaga tu selalu datang dalam mimpi Along. Dia

Sinopsis Novel Darah Pujaan

Along sedar yang matanya tiada berhijab. Kesilapannya menegur seorang kanak-kanak perempuan di gigi jeram pada suatu senja telah menjerumuskan keluarga mereka dengan gangguan tanpa henti.

“Budak perempuan tu... dia ikut kita balik, ayah. Dia ada kat luar tu..”

“Lembaga tu selalu datang dalam mimpi Along. Dia kata dia Panglima Hitam.” - ALONG

Aminuddin mula mengesyaki kejadian itu pasti ada kaitan dengan keris pusaka yang dijagai Pak Long Sahak. Keris perjuangan yang sekian lama bermandikan darah.

“Benda-benda ni kita usah layan dia. Lagi kita layan, lagi dia suka kacau. Depa ni suka berbisik kepada kita, dalam sedar, dalam tidur, malah masa solat pun dia boleh bisik. Along kena banyakkan berzikir kepada Allah” – AMINUDDIN

Tanpa mereka sedari, seorang lelaki misteri sudah lama menjejaki keris pusaka yang sama. Dia sanggup lakukan apa sahaja bagi melunaskan janjinya dengan sang iblis durjana.

Apabila keris pusaka jatuh ke tangannya, siapakah mangsa seterusnya?

Aminuddin dan Along perlu menyekat terpatrinya perjanjian berdarah ini, yang sudah menyesat dan mengorbankan nyawa berdekad lamanya.

“Kamu akan dengar pelbagai bisikan selepas ini. Ingat! Jangan kamu percaya

Walaupun sepatah. … hijab kamu akan dibuka kepada pelbagai benda yang pasti akan menggeruhkan jiwamu!” - WAK PARDI

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat nilai kekeluargaan.
  • Watak yang mudah dihayati.
  • Menyentuh emosi pembaca.

Genre Novel Darah Pujaan

  • Novel Melayu
  • Kekeluargaan
  • Seram

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat drama keluarga.
  • Pembaca dewasa.
  • Peminat kisah kehidupan.