• 9390
1

Fajar Pakeer

Beautiful Lies Oleh Nurul Arissa

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Beautiful Lies Oleh Nurul Arissa

Beautiful Lies karya Nurul Arissa membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Bukannnya. Bibirnya mengukir senyuman, namun yang dia rasai, adalah yang sebaliknya. Bahagia, tapi hal itu tidak kuat menguasai jiwanya apabila rasa derita lebih mengatasi segala-galanya. Bukannnya dia tidak mahu mencintai seseorang, namun kerana trauma, dia memendam

Sinopsis Novel Beautiful Lies

Bibirnya mengukir senyuman, namun yang dia rasai, adalah yang sebaliknya. Bahagia, tapi hal itu tidak kuat menguasai jiwanya apabila rasa derita lebih mengatasi segala-galanya. Bukannnya dia tidak mahu mencintai seseorang, namun kerana trauma, dia memendam rasa itu.

“Bukan salah aku. Aku terpaksa! Aku terseksa! Kau faham tak yang aku terseksa selama ni?! Aku takut. Dan semua tu aku tanggung seorang diri!" - TIARA

Bagi Tiara, dia tidak layak untuk semua itu kerana ‘kekurangan’ dirinya. Sudah acap kali diyakinkan oleh orang-orang yang tersayang bahawa dia layak memiliki rasa dicintai, namun dia tetap dengan pendiriannya itu.

Sehinggalah suatu hari itu, takdir telah mempertemukan dia dengan seorang lelaki yang telah memendam perasaan kepadanya.

"Saya tak nak awak terseksa dan tak bahagia hidup dengan saya. Saya minta maaf. Saya harap awak faham. Keputusan saya muktamad!" – TIARA

"19 Julai, pukul 5, hari Ahad. Aku nak kau bagi aku jawapannya. Dan jika sebaliknya, aku faham dan aku takkan munculkan diri aku di hadapan kau lagi selepas ini. Itu janji aku!" - AARIZ RAYDEN

Di pertengahan jalan, satu per satu rahsia yang disimpan rapi oleh Tiara, telah pun terbongkar. Aariz tidak kisah, dia nekad menginginkan Tiara di dalam hidupnya. Tiara keras menolak Aariz dengan sekeras-kerasnya, dek kerana gadis itu tidak mahu Aariz melangkah masuk ke dalam ‘dunianya’ yang gila itu. Hidup yang tiada naluri. Hanya ada dia dengan dia.

Apakah rahsia terbesar yang telah terbongkar dan mengejutkan Aariz?

Dapatkah Aariz masuk ke dalam hidup Tiara yang telah diisytiharkan gila oleh gadis itu sendiri?

Kisah di antara kau, aku dan kita telah melakarkan penipuan yang terindah.

Apa yang dinoktahkan untuk kita adalah cerita yang menjadi sebuah perjalanan purnama yang tiada titik akhir.

“Jangan masuk ke lembah berduri dan gelap yang akan memakan diri kau sendiri."

“Beginikah pengakhiran kisah hidup kita berdua?”

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Beautiful Lies

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.