• 9445
1

Karyaseni

Aksara Oleh Syaznixon

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Aksara Oleh Syaznixon

Aksara karya Syaznixon membawa pembaca menyelami kisah cinta yang diberi peluang kedua. Kisah ini berpusat pada Arjuna Nara. Itukah yang dimaksudkan bila Arjuna Nara, jejaka bisu dipertemukan dengan Embun, gadis buta? Okey?” – Embun Kemunculan Embun di teratak keluarga Arjuna Nara membuatkan jejaka itu tertanya-tanya, siapa Embun sebenarnya. Rasa ingin tahunya terhadap gadis

Sinopsis Novel Aksara

"Ada beberapa hal dalam hidup yang kita perlu ungkapkan aksaranya tetapi takdir tak pernah menyebelahi kita berdua."

Kata orang, cinta itu saling melengkapi. Itukah yang dimaksudkan bila Arjuna Nara, jejaka bisu dipertemukan dengan Embun, gadis buta?

“Kalau awak ada dekat saya, awak kena ketuk dua kali macam ni. Okey?” – Embun

Kemunculan Embun di teratak keluarga Arjuna Nara membuatkan jejaka itu tertanya-tanya, siapa Embun sebenarnya. Rasa ingin tahunya terhadap gadis bermata hazel dengan tompok abu-abu itu memicu pendekatan di antara mereka. Daripada salah faham yang besar, mereka menjadi tempat bersandar untuk satu sama lain. Sayangnya, Embun tidak dapat melihat dan Arjuna pula tidak dapat bersuara; menjadikan perasaan yang kian membuak tiada cara untuk dilafaz kepada satu sama lain. Yang mereka ada, hanyalah bunyi ketukan yang maksudnya sering kali samar-samar.

“Ada beberapa hal dalam hidup yang kita perlu ungkapkan aksaranya tetapi takdir tak pernah menyebelahi kita berdua. Memandangkan saya tak dapat bersuara dan awak tak dapat melihat: saya suka awak, Embun. Sangat.” – Arjuna Nara

Bila hati mula mengenali ‘rumahnya’, rahsia masa lalu terkuak, membawa kekecewaan dan pelarian Arjuna. Dalam perjalanan yang penuh tipu daya, perasaan benci muncul, menciptakan jurang di antara cinta dan keluarga.

Akankah jurang itu tertutup semula atau... mungkinkah ini satu lagi kisah cinta pertama yang selamanya akan ada tempatnya dalam hati, tetapi hilang tempatnya dalam hidup?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Aksara

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu
  • Kekeluargaan

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.