• 6491
1

Fajar Pakeer

Arjuna Milikku Oleh Mariyati Miskon

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Arjuna Milikku Oleh Mariyati Miskon

Dipinang orang? Kalau orang lain, dipinang orang, biasalah tu kan? Tapi, untuk sweet seventeen macam Dania Hana memang luar biasa. Lagi-lagi daripada orang yang tak dikenali. Gila ke apa? Eh, tak nak klise… kahwin paksa + paksa kahwin. Tetapi Qayyum ni bijak, bagi ayat yang manis macam gula, mulalah Dania blink-blink love dekat Qayyum. Sekuat apapun Dania menolak, tetap saja namanya yang terucap saat di ijab qabul.

“Bagi abang apa pentingnya hubungan ini?” – Dania Hana

“Dania ada sesuatu yang abang perlukan yang tidak dimiliki oleh mana-mana wanita. Abang akan jaga Dania hingga ke akhir hayat abang.”- Qayyum Danish.

Saat merasai erti cinta sejati, hati Dania retak seribu bila orang ketiga, orang keempat dan sewaktu dengannya mula menjadi igauan dalam setiap langkah cintanya bersama Qayyum.

“You ini depan Qayyum saja nampak baik. Belakang menganjing. Jijik I dengan betina murahan macam you!” – Elisya Balqis

“Allah mengaturkan jodoh saya dengan suami saya. Jadi tiada sebab untuk saya merampas hak Cik Elisya.”- Dania Hana.

Dania tidak akan melepaskan Qayyum ke pangkuan wanita lain. Selagi dia memiliki hati sang Arjuna.. selagi itu Dania akan pertahankan cintanya. Setiap langkah punya cerita, setiap rasa punya cinta. Tetapi mengapa masih ada luka yang bernafas di hati mereka? Benarkah cinta yang dicari masih berbagi bahagia? Untuk kali ini saja, biarkan mereka bermimpi indah kerana esok, kenyataanya ada luka perih yang menunggu. :)

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Perkahwinan paksa antara Dania Hana dan Qayyum Danish
  • Perkembangan cinta selepas pernikahan
  • Kesetiaan dan usaha mempertahankan rumah tangga
  • Konflik orang ketiga, cemburu dan salah faham

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel Melayu bergenre romantik
  • Peminat kisah kahwin paksa dan cinta selepas nikah
  • Pembaca yang gemar konflik rumah tangga dan orang ketiga
  • Peminat cerita penuh emosi, cemburu dan pengorbanan

Maklumat Buku

  • Penulis: Mariyati Miskon
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838220217
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan