• 9498
1

Fajar Pakeer

Bukan Cinta Biasa Oleh Jasmin Adira

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Bukan Cinta Biasa Oleh Jasmin Adira

Terkubur oleh waktu. Dipisahkan oleh takdir. Kisah yang telah tamat, namun kenyataannya berdamai dengan masa lalu itu menyakitkan.

Begitulah perjalanan hidup yang dilalui oleh Rose Aralyn. Dua tahun berlalu, mahligai yang dibina musnah akibat dengki dan jahilnya manusia. Dikhianati oleh sahabat baik dan dibuang oleh lelaki yang cintai. Sakitnya luar biasa.

Namun siapa sangka, aturan Dia itu begitu indah hingga membawa kebangkitan Rose Aralyn ke laluan yang benar.

"Saya tak perlukan duit. Saya cuma perlukan ilmu dan usaha. Duit hanya buat orang tamak dan saya tak nak jadi orang yang tamak." – Rose Aralyn

Benarlah kata orang, kesabaran mampu mematangkan diri seseorang. Dua tahun menjadi pengajaran di dalam hidup sehinggalah…

“Melampau? Betul, saya memang dah melampau. Tapi saya nak betulkan semula apa yang silap dulu. To let you go is my biggest regret. Even if you insist to go, I should have stayed with you.” – Ammar Ukail

Satu pertemuan membawa jiwa Rose dan Ammar ke masa lalu. Tidak cukup dengan itu, datang seseorang yang pernah menghancurkan mereka kembali membuat onar.

“Tak payah acah-acah nak datang sini, jalang!” - Nureen Raudhah

Kendala membawa mereka patah dan kecewa kembali.

Akankah ada sirna menanti, jika penghujungnya terselit nyeri?

Mampukah jiwa bertahan di dalam dunia yang terlihat kejam ini?

“Im not sure I can be happy without you. Kalau kau nak pergi, silakan. Tapi jangan pernah minta aku untuk lupakan kau.”- Ammar Ukail

Kehendak kita adalah harapan yang biasa. Kehendak-Nya adalah kepastian yang luar biasa.

"Kerana perpisahan itu, mengajar siapa saya yang sebenarnya.”

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Pengkhianatan sahabat dan kehancuran rumah tangga
  • Cinta lama, perpisahan dan peluang kedua
  • Kebangkitan diri selepas melalui penderitaan
  • Kesabaran, kematangan dan usaha membina kehidupan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel cinta penuh konflik dan emosi
  • Peminat kisah cinta lama yang menemukan peluang kedua
  • Pembaca yang tertarik dengan tema pengkhianatan dan drama persahabatan
  • Pembaca yang menyukai watak wanita tabah dan bangkit selepas kecewa

Maklumat Buku

  • Penulis: Jasmin Adira
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838222754
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan