Alaf 21
Berita Dari Hati Oleh Nurassyi Rashid
- Regular price
- RM 17.00
- Sale price
- RM 17.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Berita Dari Hati Oleh Nurassyi Rashid
Zaqyah hampir mengkhianati tali pertunangan dengan Aizzel. Gadis itu menerima lamaran Aizzel bukan atas nama cinta, tetapi kerana rasa kasihan. Lantas, saat dipujuk kekasih lama, Hazali, supaya mengikutnya berkahwin di sempadan, Zaqyah tidak berfikir panjang. Malangnya, kelibat Hazali tidak kunjung tiba di stesen kereta api, lokasi pertemuan seperti yang dijanjikan.
Gadis itu pulang dengan penuh kehampaan dan nekad mengotakan kata setuju yang sudah dilafazkan. Fikirannya menyuruh berlaku waras sedangkan hatinya masih tegar diulit memori indah bersama Hazali. Di gerbang perkahwinan, dia masih tidak mampu membuat pilihan dan akhirnya sengsara itu tetap menunggunya. Aizzel seorang suami yang gagal menterjemah cinta lantaran hati tersiat oleh ego lelaki yang keras seperti konkrit. Zaqyah tertanya-tanya mengapa semua lelaki yang dikenali sering mengecewakan hatinya.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Konflik cinta antara kekasih lama dan tunang
- Perkahwinan tanpa asas cinta yang kukuh
- Pengkhianatan dan dilema dalam hubungan
- Ego lelaki serta kegagalan meluahkan perasaan
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik Melayu
- Peminat kisah cinta tiga segi
- Pembaca yang menggemari tema perkahwinan dan konflik rumah tangga
- Peminat drama emosi, pengkhianatan dan kekecewaan cinta
Maklumat Buku
- Penulis: Nurassyi Rashid
- Penerbit: Alaf 21
- ISBN: 9789831247037
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg