• 6572
1

Idea Kreatif

Suara Hati Dia Oleh Kay Omena

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Suara Hati Dia Oleh Kay Omena

“Papa bukan tak suka Abang Shahril tu. Papa suka dia. Cuma...” Ayat Syahiran terhenti di situ. Mata dia bawa memandang aku. Liurnya ditelan. Tengok dia macam tu, rasa tak sabar pulak nak tahu jawapan apa yang akan dia berikan di hadapan Raisya. Kalau ikutkan, memang dia tak berapa sebulu dengan Shahril sebab mimpi dia dulu tu. Tapi takkanlah dia nak cakap alasan yang sama depan Raisya?

“Cuma papa tak sukalah dia tu rapat-rapat dengan mama. Lepas tu buat-buat cool...” Aku membeliakkan biji mata memandang Syahiran. Aku pula yang dikaitkan? Raisya yang sudah berhenti menangis, menoleh kepalanya sekejap pada aku, sekejap pada Syahiran pula. Pasti dia tak faham apa yang Syahiran katakan tadi. Umi pula hanya tersengih-sengih dari tadi. Awal-awal dia dah angkat tangan tanda tak nak masuk campur.

“Papa tak sukalah tengok ada orang mengurat mama,” tambah Syahiran lagi. Raisya mencebikkan bibirnya.

“Mana ada Abang Aril mengurat mama!” marah Raisya. Suaranya tinggi seraya menjeling Syahiran. Aku dan Syahiran sama-sama terkedu sebelum aku tergelak.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Percintaan dan perkembangan hubungan antara watak
  • Konflik cemburu dalam hubungan kekeluargaan
  • Keakraban antara ibu, anak dan ahli keluarga
  • Perasaan tersembunyi serta luahan hati

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Pembaca yang gemar kisah cinta berlatarkan keluarga
  • Peminat cerita ringan dengan unsur humor
  • Pembaca yang menyukai konflik cemburu dan salah faham

Maklumat Buku

  • Penulis: Kay Omena
  • Penerbit: Idea Kreatif
  • ISBN: 9789672137436
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan