• 6387
1

Idea Kreatif

Sayangku Saarah Oleh Kay Omena

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Sayangku Saarah Oleh Kay Omena

Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta Saarah dan Aathif diuji saat Saarah tersedar dari lena yang panjangnya. Saarah hilang ingatan! Lupa siapa Aathif dalam hidupnya.
Terpaksa menerima dengan hati terbuka, bukanlah sesuatu yang mudah bagi seorang Saarah. Hidupnya yang disangka baru berusia 17 tahun, mana mungkin dia dapat menerima kehadiran seorang suami.

“Boleh tak awak jangan guna perkataan ‘sayang’ tu untuk saya?”

- Saarah

“Okey, abang tukar ‘sayang’ jadi ‘baby’ pulak.”

– Aathif Sikap Aathif yang ‘out of list’ dalam senarai lelaki idaman dia, lagilah Saarah tertekan. Dia terima untuk hidup bersama Aathif dengan rasa terpaksa.

“Kalau setahun sayang lupa macam mana rasanya cintakan abang, sekurang-kurangnya abang ada 365 peluang untuk buat sayang ingat semula.”

– Aathif Siapa sangka, semakin dihitung hari dalam keterpaksaan bersama Aathif, hati Saarah mula terpaut sedikit demi sedikit. Dari kesungguhan lelaki itu cuba mendapatkan cinta dia, sebenarnya dalam diam Saarah sudah jatuh cinta. Tapi, laut mana tak bergelora? Pantai mana tak dilambung ombak? Kehadiran Laila mengaku bekas kekasih Aathif, buatkan Saarah ragu-ragu dengan cinta suami sendiri. Dan kesudahannya, Saarah diletakkan pada dua situasi yang harus dia memilih satunya. Sama ada berusaha mengekalkan perkahwinan yang dia sendiri tak tahu permulaan dan penghujungnya, atau membawa diri bersama cinta?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Perkahwinan dan cinta selepas hilang ingatan
  • Usaha membina semula hubungan suami isteri
  • Konflik emosi dan penerimaan dalam rumah tangga
  • Cinta tiga segi serta kemunculan bekas kekasih

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel romantik Melayu
  • Pembaca yang tertarik dengan tema hilang ingatan dan cinta
  • Pembaca yang menyukai kisah perkahwinan penuh konflik
  • Pembaca yang gemar kisah suami berusaha menawan hati isteri

Maklumat Buku

  • Penulis: Kay Omena
  • Penerbit: Idea Kreatif
  • ISBN: 9789672137337
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan