• 3271
1

Fajar Pakeer

Andai Dia Jodohku

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Andai Dia Jodohku

“She’s really like her…”
“But she’s not her. They are different person.”

Muhd Zarul Zikuan dan Nur Airisya Balqiss, pertemuan yang sering membawa pergaduhan. Tapi bagi Zarul Zikuan, Balqiss mengingatkannya pada masa lalu. Dan bagi Balqiss, Zarul Zikuan pembawa malang. Inilah jadinya bila singa betina jumpa orang gila dari planet aneh! Bumi yang jadi mangsa pergaduhan.

Mamat sengal, singa lapar atau macam-macam lagi gelaran diberi. Pergaduhan demi pergaduhan berlaku antara Zarul Zikuan dengan Balqiss, membuatkan kepala sahabat-sahabat mereka sendiri jadi pening.

Satu kejadian membuatkan mereka diikat. Membuatkan Zarul Zikuan jadi suami. Membuatkan Balqiss dibuang keluarga. Ikut membawa banyak perubahan dalam diri mereka. Adakah ikatan mereka diterima oleh orang-orang di sekeliling? Macam mana pula dengan perangai playboy Zarul Zikuan? Siapa pula Akma di masa lalu Zarul Zikuan? Dan bagaimana perasaan Balqiss apabila mendapat tahu dia hanyalah pengganti Akma dalam hati Zarul Zikuan kerana dia iras sekali dengan gadis itu?

“Awak kena sedar, Zarul. Saya yang kat depan awak ni Nur Airisya Balqiss bt Halim. Bukan masa lalu awak dan saya tak ada kena-mengena dengan masa lalu awak tu.”

Andai Dia Jodohku... Adakah mereka memang sudah dijodohkan? Kuatkah berhadapan dengan insan-insan yang berdendam dan tidak henti-henti menggoyahkan hati mereka? Mampukah Balqiss memenangi hati suami, mertua dan memenangi kembali hati kedua-dua orang tuanya? Atau, mungkinkah Balqiss akan kalah dengan bayang-bayang Akma yang selalu ada antara dia dengan Zarul Zikuan?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Percintaan selepas perkahwinan dan ikatan jodoh yang tidak dirancang.
  • Konflik rumah tangga antara Zarul Zikuan dan Balqiss.
  • Bayangbayang cinta lama serta kenangan Akma dalam hubungan baharu.
  • Perubahan sikap playboy, kepercayaan dan kesetiaan dalam perkahwinan.

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel romantik Melayu.
  • Peminat cerita kahwin paksa dan cinta selepas perkahwinan.
  • Pembaca yang suka kisah pasangan sering bergaduh tetapi akhirnya saling menyayangi.
  • Peminat drama cinta yang melibatkan konflik keluarga dan mertua.

Maklumat Buku

  • Penulis: Mya Aryssa
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789673651818
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan