Fajar Pakeer
Sedang Suka Kamu Oleh Nor Hasnida
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Sedang Suka Kamu Oleh Nor Hasnida
Ryan Mikael. Hatinya umpama batu konkrit. Keras dan sukar ditembusi. Perceraian dengan Zafira membuat dia menutup hatinya untuk mana-mana perempuan. Baginya semua perempuan sama saja. Selfish!
Namun, satu kemalangan kecil yang terjadi antara dia dan Batrisya merubah segalanya. Tiada siapa yang menduga, insiden itu membuat hidup Batrisya terikat dengan lelaki itu buat selama-lamanya.
Menerima Ryan Mikael dalam hidupnya, bukanlah sesuatu yang mudah. Dia masih sedar diri. Siapalah dia jika mahu dibandingkan dengan lelaki hebat itu.
“Encik Mika, hal nikah kahwin ni bukan sesuatu yang boleh dipaksa tau. Saya tak nak kahwin setahun dua, lepas tu menjanda. Saya nak kahwin untuk seumur hidup saya.” – Batrisya
“Ada ke aku cakap lepas setahun dua nanti aku akan ceraikan kau?” – Ryan Mikael.
Kerana kasihkan Medina, anak perempuan Ryan Mikael, Batrisya menerima jua lamaran itu. Janji Ryan Mikael, pernikahan itu hanya untuk menjadikan dia ibu yang sah kepada Medina. Tidak lebih daripada itu.
Kehadiran Batrisya seperti mengembalikan semula senyuman di bibir Medina. Hidup Ryan Mikael yang suram juga kembali berwarna-warni. Sikap Batrisya yang suka melawan tambah menceriakan suasana. Dalam tak sedar, ada cinta yang berputik di hati mereka.
Namun, kepulangan Zafira menghancurkan segalanya. Dia mahukan Ryan Mikael dan Medina kembali. Bagi Zafira, Ryan Mikael hanya miliknya seorang!
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Perkahwinan atas dasar tanggungjawab dan perjanjian
- Cinta yang berkembang selepas perkahwinan
- Kehidupan sebagai ibu tiri dan kasih sayang terhadap anak
- Trauma perceraian serta proses membuka semula hati
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang menggemari novel romantik Melayu
- Pembaca yang suka kisah kahwin paksa atau perkahwinan atas perjanjian
- Pembaca yang tertarik dengan watak lelaki dingin dan sukar meluahkan perasaan
- Pembaca yang menyukai tema keluarga, anak dan keibuan
Maklumat Buku
- Penulis: Nor Hasnida
- Penerbit: Fajar Pakeer
- ISBN: 9789673653096
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg