• 9557
1

Fajar Pakeer

Violence De L'amour Oleh Nurail Irmela

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Violence De L'amour Oleh Nurail Irmela

Kebenaran terhunus seperti pedang. Rupa-rupanya ular yang membelit dari dalam!

Bentala mimpi menjadi gerbang pertama. Di saat kata-kata berguguran di alam lena, jiwa dan fikiran bertempur hebat. Demi menyingkap rahsia yang enggan terucap.

Suatu peristiwa di atas kapal pelayaran menjerut Vincy Ilham dalam dunia yang tidak pernah dia jejaki. Hidup yang dahulu tenang langsung berubah pikuk!

“Ada satu jalan yang kau boleh ambil untuk lepaskan diri daripada hukuman mati tersebut. Kahwini aku.” - Euku’ Permata Iris

Demi membalas dendam yang membara, Vincy rela menyarung watak suami kepada puteri pujaan semua.

Istana yang disangkakan suci rupa-rupanya berselindung di balik topeng tipu daya sang raja. Tumpahnya darah demi darah bukan lagi tanda keberanian tetapi harga sebuah kebebasan yang telah lama dirampas.

“Pada persepsi aku, kau orang gunakan aku demi kepentingan sendiri! Semata-mata nak letak orang bodoh macam aku ni dalam perangkap kau. Dasar syaitan dunia.” – Vincy Ilham

Dalam kepedihan yang membungkus jiwa, muncul satu tanda tanya yang membawa cahaya pada kebenaran, bukan hanya buat Vincy, tetapi juga roh yang telah pergi.

Benarkah… Permata itu darah sah Raja Landrya? Atau sekadar bayang dalam silsilah yang dikaburkan dusta?

Siapakah yang akan berdiri sebagai pemenang di medan takdir?

Pengkhianat sebenar bukan datang dari luar pagar tetapi dari dalam darah sendiri!

"Mengapa perlu biasakan dunia dengan perkara terkutuk itu di saat kita sendiri tahu kita boleh mengubahnya?”

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Perkahwinan paksa dan hubungan berasaskan kepentingan
  • Dendam, pengkhianatan dan perebutan kuasa
  • Rahsia keturunan serta kesahihan pewaris takhta
  • Intrik istana, konspirasi politik dan manipulasi keluarga diraja

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel fantasi romantik berlatar dunia diraja
  • Peminat kisah perkahwinan kontrak atau perkahwinan terpaksa
  • Pembaca yang menyukai intrik istana dan konspirasi politik
  • Peminat tema dendam, pengkhianatan serta rahsia keturunan

Maklumat Buku

  • Penulis: Nurail Irmela
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838223225
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan