• 9637
1

Fajar Pakeer

Asmaraloka Raja Laith Oleh Fantasi & Moonjni

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Asmaraloka Raja Laith Oleh Fantasi & Moonjni

Lentera di kalbu berpaksi segala nestapa yang bertamu. Saujana membawa sejuta rahsia yang menggores waktu.

Sebermula kisah yang tak pernah usai, menanti sebuah pertemuan yang menyatu pada pusaran luka.

Susun alur membawa kepada empayar besar lagi masyhur, iaitu Kerajaan Laith dan Kerajaan Baiqi.

Munafik yang keluar daripada mulut si petualang telah mencetuskan peperangan antara kedua kerajaan tersebut.

Maka, satu demi satu yang tersembunyi pun terungkai, menyatakan pengkhianatan yang sekian lama terpendam. Rasa kasih yang mula bercambah di sukma terpaksa dilenyapkan, lantaran kesumat yang belum terbalas.

“Tergamak kau khianati kerajaan aku. Walaupun kau diberi gelaran sebagai Puteri Mahkota, sedikit pun kau tak gunakannya untuk kebaikan. Balas dendam? Itu matlamat kau dari mula?” – Putera Umar

“Siapa yang harus disalahkan? Semuanya mempunyai kisah hitam di dalam hidup masing-masing. Semuanya berjuang demi menjaga keselamatan dan orang yang disayangi.” – Puteri Layla

Adakah permusuhan lampau mampu merubah sekalian perkara yang telah termaktub? Malah, benarkah segala yang berlaku itu berpunca daripada satu peristiwa hasil ketamakan seorang durjana yang tiada mengenal batas?

“Kau tak layak sedikit pun untuk berdiri di samping aku. Kau juga yang mengkhianati kerajaan kau sendiri. Demi siapa? Demi aku? Demi cinta kau untuk aku? Hanya orang bodoh yang sanggup buat macam tu.” – Putera Yusuf

Sejauh manakah kematian menjadi noktah kepada perseteruan yang telah lama terbenam?

Kenapa masih berat, padahal semuanya sesaat? Kenapa masih gundah, walhal itulah amanat?

Perjalanan asmaraloka berpaksi di medan jiwa. Pesona renjana terhenti angkara durjana membara.

“Seseorang yang dianggap indah memberi duka yang paling dalam bagi hati yang menghargai.”

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta terlarang antara watak daripada kerajaan yang bermusuhan
  • Peperangan antara Kerajaan Laith dan Kerajaan Baiqi
  • Pengkhianatan, rahsia dan konspirasi politik
  • Dendam terhadap tragedi dan permusuhan masa lalu

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel fantasi Melayu
  • Peminat kisah kerajaan dan peperangan
  • Pembaca yang menggemari percintaan tragis
  • Peminat tema pengkhianatan, dendam dan rahsia keluarga

Maklumat Buku

  • Penulis: Moonjni
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: BBO-6664
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan