Fajar Pakeer
Sejuta Bahagia Satu Derita Oleh Suhaniza Sulaiman
- Regular price
- RM 23.00
- Sale price
- RM 23.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Sejuta Bahagia Satu Derita Oleh Suhaniza Sulaiman
Pengorbanan dan ketulusan bukan sesuatu yang murah kerana yang mencintai akan kalah dengan yang setia.
“Suka hati awak aje nak samakan saya ni dengan binatang ya. Kejap ikat, kejap sambar. Ingat saya ni lembu atau burung helang ke?” – RANIA
“Saya nak ikat awak cepat-cepat. Nanti lelaki lain sambar pulak.” – SHAFIQ
Rania bagaikan jinak-jinak merpati melayan karenah Shafiq yang semakin berani berbicara tentang rindu, sayang dan cinta. Dalam menyampah ada cinta-cintun yang wujud antara dirinya dengan Shafiq.
“Sayang Amir bukan sayang seorang adik pada kakaknya, tapi Amir sayang akak macam seorang lelaki sayangkan seorang perempuan.” - AMIR
Amir mencintai Rania teman sepermainannya. Namun, sayangnya Rania telah mempunyai Shafiq pilihannya sendiri.
Kisah kasih antara tiga insan ini bertambah rumit tatkala Rania diduga dengan satu peristiwa hitam yang tidak disangka.
Kesetiaan cinta Shafiq diuji, keikhlasan hati Amir dipuji.
“Habis madu sepah dibuang. Kenapa tidak dari dulu kau serahkan dia pada aku? Sebelum semuanya berlaku?” – AMIR
Hilang cinta Shafiq kerana peristiwa itu. Teguh rasa Amir menganyam derita bersama Rania.
Amir bukan lelaki yang pertama mencintai Rania. Amir hanya lelaki sandaran untuk Rania. Tetapi, mengapa lelaki itu sentiasa di sisi menghapus air matanya?
Perlahan-lahan rasa cinta Rania bercambah, namun kehadiran semula Shafiq dalam hidupnya membuatkan jiwa Rania menjadi kucar-kacir. Penuh salah faham dan syak wasangka yang tak berkesudahan.
Tergamakkah Shafiq menangguk air yang keruh setelah Rania menjadi wanita terbahagia bersama Amir.
Berbaloikah pengorbanan Amir selama ini?
Adakah sejuta bahagia akan terlerai dek satu derita?
Ya, bahagia perlu dicipta dan derita perlu dilupa kerana kelukaan bukan sandaran untuk terus menangisi kisah antara kita.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Cinta tiga segi antara Rania, Shafiq dan Amir
- Kesetiaan, pengorbanan dan keikhlasan dalam hubungan
- Peristiwa hitam, trauma serta proses bangkit daripada derita
- Salah faham, syak wasangka dan ujian kepercayaan
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang menggemari novel cinta tiga segi
- Peminat kisah romantik penuh konflik dan emosi
- Pembaca yang menyukai tema pengorbanan serta kesetiaan
- Pembaca yang berminat dengan kisah trauma dan penyembuhan emosi
Maklumat Buku
- Penulis: Suhaniza Sulaiman
- Penerbit: Fajar Pakeer
- ISBN: 9789838220668
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg