Alaf 21
Cinta Pencuri Mimpi
- Regular price
- RM 22.00
- Sale price
- RM 22.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Cinta Pencuri Mimpi
Kali pertama mereka bersua, Airis jatuh dari pokok. Yang lebam punggungnya, tetapi yang jatuh hati pula Zahier. Jatuh tahap gaban kononnya. Kali kedua terserempak, Zahier tertolak Airis ke dalam lopak air. Airis yang basah lencun tapi Zahier pula yang kelemasan dan mahu Airis menyelamatkannya. Mengada-ngada.
Keliru. Itu yang Airis rasakan. Lelaki ini peguam atau pencuci pinggan? Puas dia mengelak tetapi Zahier pula seperti magnet yang merosakkan koordinat hatinya. Siang teringat, malam terbayang dan di antaranya ada bisa rindu yang berdenyut-denyut.
“Zahier, awak kaki buli yang baik hati.”
“Airis... awak gadis yang terlalu naif.”
Bagi Airis : Saya bukan naif. Saya cuma gadis biasa yang boleh jatuh, jatuh dan jatuh kalau awak terus senyum dan mengusik ritma jantung saya yang sudah tidak normal.
Sedangkan Zahier : Saya bukan lelaki yang baik untuk awak Airis. Kalaulah awak tahu, usahkan ke hujung dunia, selangkah pun pasti awak tak mahu mendekati saya.
Lalu di kategori manakah cerita cinta mereka? Kisah manis kategori terlebih dos dan bahagia hingga ke akhir hayat. Atau kisah masam payau kategori sakit jantung dan hidup berantakan kerana janji ALLAH, ujian itu sentiasa ada untuk hamba-NYA yang terpilih.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Pertemuan lucu dan permulaan cinta yang tidak dijangka
- Tarikan hati, rindu dan perasaan cinta yang semakin mendalam
- Konflik emosi akibat sikap saling mengelak
- Rahsia masa lalu dan rasa tidak layak dalam hubungan
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik Melayu
- Peminat kisah cinta ringan dengan unsur komedi
- Pembaca yang menyukai watak lelaki penuh misteri
- Pembaca yang gemar cerita tentang rindu, konflik hati dan ujian cinta
Maklumat Buku
- Penulis: Lynn Dayana
- Penerbit: Alaf 21
- ISBN: 978983124 9055
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg