• 8238
1

Fajar Pakeer

Denganmu Kurasai Cinta Oleh Ainon Zaini

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Denganmu Kurasai Cinta Oleh Ainon Zaini

“Naga jumpa buaya. Dua-dua menyusahkan orang.” – JULITA

Mr. Erwin, naga jadian yang buat Julita berapi sepanjang masa. Suka sangat mamat garang ni menghura-harakan hidupnya. Semua nak ikut kata dia. Poyolah dia ni.

“Kerja tak boleh main-main. Awak sudah cederakan pekerja lain. Saya bagi warning akhir. Kalau mahu kerja, mesti perangai cantik. Kalau tidak, awak boleh berhenti kerja – MR. EDWIN

Julita ketap bibir membendung perasaan. Rasa mahu sepak-sepak saja bos yang tidak mahu mendengar penjelasannya.

“Saya suka awak. Saya nak awak.” - ISKAN

Iskan, lelaki yang berani berterus terang. Yang pandai beli jiwa, tapi cemburu buta.

Kedua-duanya menyedarkan Julita bahawa cinta adalah hal yang complicated. Julita perlu memilih antara mereka. Bertambah serabut bila Nurlis muncul. Nurlis yang tidak pernah senang hati melihat kebahagiaannya. Ada saja akal jahatnya mahu mengenakan Julita.

"Kau rampas Iskan daripada aku, kemudian kau rampas pula Mr. Edwin yang mula baik dengan aku! Kau memang tamak Julita! Kau porak-perandakan hidup aku!” - NURLIS

Antara dua jejaka itu, dengan siapa harus dia menyemai cinta? Adakah pilihan itu yang terbaik? Buat dia bahagia? Buat dia derita? Tiga hati, satu cinta… di mana titik noktah cinta Julita?

Segala hal yang baik selalu datang di waktu yang tepat dan tentu dengan seseorang yang tepat. Julita pasti lelaki yang berjodoh dengannya adalah perjalanan cintanya yang terakhir.

Datanglah sepuluh wanita seperti Nurlis, dia pasti lelaki itu akan menjadi penyelamat terakhir hatinya.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Konflik cinta tiga segi dan dilema memilih pasangan
  • Hubungan romantik antara pekerja dengan bos
  • Cemburu, sikap mengongkong dan kejujuran dalam cinta
  • Persaingan, pengkhianatan dan hasad dengki dalam persahabatan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari kisah cinta tiga segi
  • Peminat novel romantik berlatarbelakangkan dunia pekerjaan
  • Pembaca yang suka watak lelaki garang tetapi penyayang
  • Peminat cerita penuh konflik, cemburu dan drama hubungan

Maklumat Buku

  • Penulis: Ainon Zaini
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838220231
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan