• 8181
1

Fajar Pakeer

Seratus Persen Milikku Oleh Ainon Zaini

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Seratus Persen Milikku Oleh Ainon Zaini

Kalau monyet katalah monyet,
Boleh saya hulurkan pisang,
Kalau perit katalah perit,
Kenapa tercongok sorang-sorang. – NANA

Kalau murai katalah murai,
Jangan mengaku jadi ayam;
Kalau barai katalah barai,
Siram bunga penuh kejam. - JIJAI

Jijai jatuh hati pada Nana. Lani pulak suka pada Jijai. Tercetus cinta bersegi-segi antara Jijai, Nana dan Lani.

Tapi, Lani kuat semangat. Dia gagahkan diri memikat Jijai. Sedangkan Nana tetap selamba tidak pedulikan Jijai biarpun Jijai sabar menanti cinta Nana.

Namun, ada masa... pandai pula Nana tunjuk cemburu. Lebih kepada sakit hati kerana terasa dipermainkan oleh Jijai dan Lani.

Jijai dengan perangai poyo, Lani dengan perangai gediknya. Sesuai sangatlah dua manusia tu berpasangan. Bagai pinang tak dibelah-belah.

Tapi bila nampak kelibat Jijai dan Lani bercinta-cintun, kenapa dadanya rasa nak pecah?
Kenapa urat wajahnya bertukar jadi Hulk. Kata tak suka Jijai!

Nana akur, hatinya tidak dapat menipu. Dia tunjukkan perasaan pada Jijai. Jijai pulak dah start tarik tali, lebih-lebih lagi munculnya Rosalinda.

Dulu Nana dan Lani, kini... datang pulak kekasih lama menabur cinta kembali. Jijai dah haru-biru.

Sanggupkah Nana membiarkan Jijai jatuh ke pangkuan Lani? Siapakah yang memiliki seratus persen hati mereka sebenarnya?

Biarlah sang waktu yang menentukan arah hubungan mereka, sama ada dimiliki 100% atau sebaliknya.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta tiga segi antara Nana, Jijai dan Lani
  • Perasaan cemburu, sakit hati dan cinta yang tidak diluahkan
  • Konflik hati serta perebutan kasih
  • Permainan tarik tali dalam hubungan percintaan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang gemar novel cinta Melayu
  • Peminat kisah cinta tiga segi dan konflik perasaan
  • Pembaca yang menyukai watak dengan perangai unik dan menghiburkan
  • Peminat cerita romantik ringan dengan unsur cemburu dan drama

Maklumat Buku

  • Penulis: Ainon Zaini
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838220712
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan