• 2974
1

Jemari Seni

Kafe Damia

Regular price
RM 20.00
Sale price
RM 20.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Kafe Damia

Menyukai seseorang tak bermakna kita perlu menjadikannya kekasih,

kadangkala kita hanya perlu menjadi kawan

Liya melangkah ke tempat baharu dengan 1001 rasa yang berbaur dalam diri. Harapnya, agar semuanya berjalan lancar. Namun, apa yang terjadi tak seindah yang diharap. Belum apa-apa, ada sepuluh peraturan yang perlu dipatuhi! Dia pening kepala.

Zafran pula rimas dengan sikap kecoh Liya yang mengganggu rutin hidupnya. Entah datang dari mana keberaniannya untuk mengusik perempuan. Dan, dia suka melihat wajah itu memerah.

Aku, Zafran Adha suka kat Liyana Damia, Minah Kecoh tu??? Huh… mustahil!

Masa berlalu, mereka bertemu kembali. Liya sudah punya kafe idamannya sendiri, Kafe Damia. Zafran pula sudah pasti dengan apa yang dimahukannya. Baru sahaja Zafran ingin menyusun kata, sudah ada yang meluah rasa. Liya pula keliru, antara cinta pertama atau kasih di depan mata, yang mana satu pilihannya?

Jodoh itu rahsia Allah, siapa tahu apa akan terjadi, kan?

MOON LEEYA ZAFRINA menulis kisah Liya dan Zaf bertemu cinta di Kafe Damia dengan bahasa yang ringkas dan santai. Cerita ini sesuai buat pembaca berjiwa muda yang suka akan cerita yang manis tanpa konflik di depan mata.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta pertama dan perasaan yang berkembang secara perlahan
  • Persahabatan antara Liya dan Zafran
  • Pertemuan semula selepas sekian lama
  • Pilihan hati antara cinta lama dan kasih baharu

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca remaja dan dewasa muda
  • Peminat novel romantik Melayu yang manis
  • Pembaca yang gemarkan kisah cinta tanpa konflik berat
  • Peminat cerita tentang cinta pertama dan persahabatan

Maklumat Buku

  • Penulis: Moon Leeya Zafrina
  • Penerbit: Jemari Seni
  • ISBN: 9789670508061
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan