• 1203
1

Karyaseni

Erti Cinta Oleh Camellia

Regular price
RM 19.00
Sale price
RM 19.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Erti Cinta Oleh Camellia

ANIS SARINA hanya mahukan sebuah tempat tinggal yang aman. Dia bersama sahabat baiknya, Maria berpindah meninggalkan kediaman kolejnya untuk tinggal di sebuah rumah sewa di tingkat 7, sebuah flat.

Namun ketenangan yang diharapkan tidak kesampaian. Pertemuannya dengan pemuda yang bernama Danny dan Joe membuatkan hidupnya tunggang langgang. Hatinya terpaut kepada Danny pada pandangan yang pertama namun Joe terus menghantui setiap langkahnya.

"Dia handsome lah…cair hati aku."

"Handsome macam mana pun, bukan mata kau seorang aje yang nampak tau. Berduyun lagi girls dalam Kuala Lumpur ni yang nampak. Jangan hati kau cair masuk longkang, sudahlah."

"Hish! Cair masuk longkang katanya. Tak kisahlah tu. Yang pentingnya, tak pernah hati aku cair begitu cepat macam tu. Inilah first time aku rasa, aku jatuh cinta pandang pertama.” Dia menyembamkan muka ke tilam, malu pula mengaku begitu. Nasib baik dengan Maria, kalau dengan orang lain…mana nak letak muka?

"Lain kali jangan nak pakai kawan aje kalau tak pasti. Entah-entah budak datang hisap dadah kat flat ni," bebel Joe lagi. Wajahnya makin garang.

Darah Anis menyirap.

"Danny lelaki baiklah, kalau kau tak kenal, janganlah kau tuduh-tuduh pulak. Macamlah kau tu baik sangat."

Joe menggeleng.

"Sudahlah, dah nak senja. Naiklah cepat."

"Eh! Joe, kenapa kau suka suruh kami naik bila senja ha? Kau tak ada kerja ke selain jaga kami?" Anis makin menyinga. Maria terlopong.

Joe mengangkat bahu.

"Aku tak paksa. Kalau kau nak berkhemah di tangga ni pun boleh."

Joe berpaling dan melangkah balik ke kafenya dengan muka yang merah padam.

Anis tergamam, hanya matanya saja merenung setiap langkah Joe. Kalau boleh hendak ditolak-tolak biar lelaki tu jatuh tersembam. Pandai-pandai tuduh Danny budak dadah. Heee… hatinya membentak.

Namun siapakah sebenarnya Danny yang penuh misteri itu? Mampukah Anis menerima hakikat yang sebenarnya? Kenapa Joe sentiasa memerhatikan Anis? Sanggupkah Maria berkorban dan mengalah? Semuanya akan terjawab di dalam novel ini. Empat erti cinta yang mesti diselesaikan…. Siapakah yang akan bahagia?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta pandang pertama dan konflik perasaan
  • Cinta tiga segi antara Anis, Danny dan Joe
  • Misteri serta rahsia di sebalik watak Danny
  • Persahabatan, pengorbanan dan kesetiaan Maria

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel romantik Melayu
  • Peminat kisah cinta tiga segi dan konflik perasaan
  • Remaja serta dewasa muda yang menyukai kisah cinta kampus
  • Pembaca yang menikmati watak lelaki misteri dan penuh perhatian

Maklumat Buku

  • Penulis: Camellia
  • Penerbit: Karyaseni
  • ISBN: 9789670246116
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan