• 4563
1

Karyaseni

Anugerah Cinta Daripada Dia Oleh Dhiyana

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Anugerah Cinta Daripada Dia Oleh Dhiyana

Lantaran cinta pertama tidak kesampaian bersama Zara, Bazli membawa diri ke Zurich dan bekerja di sana. Ketika di Zurich, Bazli bertemu dengan Dania yang merupakan seorang graduan tahun akhir di University Of Zurich. Hari-hari dilalui oleh Bazli yang dulunya suram kini diceriakan oleh kehadiran Dania yang sememangnya seorang yang ceria dan ramah.

“Ikmal Bazli... I love you so much.” – DANIA.

Namun, hati Bazli masih belum terubat… Bazli yakin bahawa bukan Dania yang akan jadi cinta terakhirnya.

“Berikan I masa untuk semua ni. Cinta pertama I baru saja hancur, musnah!” – BAZLI.

Dalam menjalani hari-hari di Zurich, Malaysia tanah air tercinta tetap diingati. Laman Facebook jadi pengubat rindu dalam hati. Hanya kerana melihat komen di status akaun Facebook milik Zara, tiba-tiba membuatkan perasaan Bazli bagaikan dilanda ribut. Berkecamuk! Sebaris nama sudah mampu membuatkan Bazli terbawa-bawa ke dalam mimpi.

“Serius? Rindukan saya?” – BAZLI.

“Hah? Saya tak kata rindukan awak. Saya hanya kata rindu. Rindu kepada Si Chemong! Anak kucing gebu jiran sebelah rumah!” – SYAKIRIN.

Kerana kesilapan tanpa diduga, hubungan yang mula mekar tiba-tiba terpaksa melalui jalan yang penuh dengan cabaran dan juga dugaan. Syakirin akur! Bazli pasrah!

Pelbagai cabaran, dugaan dan juga ujian yang perlu dilalui oleh Bazli untuk memiliki Syakirin.  Kesilapan masa lampau dan juga masa kini tetap mengejarnya sehingga semakin menyukarkan keadaan untuk mereka berdua menemui jalan kebahagiaan. Setiakah Syakirin apabila mengetahui kisah lampau Bazli? Mampukah Bazli memiliki kebahagiaan yang selama ini diimpikannya? Mampukah Syakirin menerima bahawa cinta pertama Bazli ialah Zara yang merupakan kawan baik kepada Syakirin?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta pertama yang tidak kesampaian dan kesan emosinya terhadap kehidupan Bazli.
  • Cinta segi tiga antara Bazli, Zara dan Syakirin yang menguji kesetiaan serta kepercayaan.
  • Percintaan jarak jauh antara Zurich dan Malaysia melalui komunikasi serta media sosial.
  • Kesilapan masa lalu dan masa kini yang menjadi cabaran dalam hubungan cinta.

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel cinta Melayu dengan konflik emosi yang mendalam.
  • Peminat kisah cinta pertama, cinta lama dan peluang kedua.
  • Pembaca yang suka tema cinta segi tiga serta rahsia masa lalu.
  • Pembaca yang menikmati latar percintaan antara Malaysia dan luar negara.

Maklumat Buku

  • Penulis: Dhiyana
  • Penerbit: Karyaseni
  • ISBN: 9789670890708
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan