• 5553
1

Anaasa Publication

Rindu Tiada Noktah

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Rindu Tiada Noktah

Percutian ke India menemukan semula Khai dan Adwa selepas bertahun-tahun tamat persekolahan. Adwa membuatkan Khai terpana. Ada sesuatu pada Adwa yang selama ini tidak diendahkan. Dia jatuh cinta! Dia mesti tawan hati itu.

“ Kalau saya tak nak bercinta dengan awak? ” – ADWA QISTINA

“ Okey… jom kita berkahwin! ” – SYED QAYYUM

Kasih disahut Adwa. Hubungan direstui keluarga. Dua keping hati disimpul rapi di dalam ikatan pertunangan. Masing-masing mula menyemai benih kasih untuk menyuburkan lagi taman hati.

Namun, Khai diduga dengan kehilangan insan tersayang. Sebuah rahsia ditinggalkan. Kerana rahsia itu, Khai pergi membawa diri tanpa menoleh buat kali terakhir. Dalam tak sedar, hati Adwa disakiti dengan sebuah penantian.

Di Tanah Suci menemukan semula pasangan kekasih yang sekian lama terpisah. Rindu itu tak pernah terpadam. Malah semakin marak menyala apabila kembali bertentang mata. Khai mengalah apabila masing-masing tak sanggup lagi menanggung rindu. Di hadapan keluarga Adwa, dia mengakhiri sebuah penantian.

“ I thought you never love me anymore. ” – ADWA QISTINA

“ Hati ni… Hanya ada nama awak. Tak mungkin ada nama yang lain. Sejak dulu sampai lah bila-bila pun. ” – SYED QAYYUM

Mereka hanya ada cinta dan kesetiaan. Namun mampukah cinta dan kesetiaan itu menghuni sekeping hati yang semakin diuji? Rindu ini tiada penghujungnya. Malah ia tiada bernoktah.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta lama yang berputik semula selepas bertahuntahun terpisah
  • Pertunangan dan kesetiaan dalam hubungan
  • Penantian serta rindu yang tidak berpenghujung
  • Rahsia keluarga dan kehilangan insan tersayang

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel romantik Melayu
  • Pembaca yang menyukai kisah cinta lama dan pertemuan semula
  • Pembaca yang tertarik dengan tema pertunangan dan perkahwinan
  • Pembaca yang gemarkan konflik rahsia, kehilangan dan penantian

Maklumat Buku

  • Penulis: Dhiyana
  • Penerbit: Anaasa Publication
  • ISBN: BBO-4196
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan