• 8236
1

Fajar Pakeer

Separuh Aku Oleh Alya Husna

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Separuh Aku Oleh Alya Husna

“Jalankan tugas saya. Rawat hati awak.” – SYAH
“Ra.. wat hati?” – MUJAHADAH

Sejak bila rawat hati dah jadi skop kerja dia?

Syah rasa nak tampar mulut sendiri bila dia dah berani jual ayat acah-acah lelaki nak mengayat. Ini semua Hantu Kina punya pasal. Dulu, satu calon pun dia tak berkenan. Bila hati dah mula sangkut, Hantu Kina tak kasi peluang langsung.

“Saya ni bukan macam perempuan lain yang boleh awak gulakan sesuka hati.” MUJAHADAH

“Bila masanya saya gulakan awak? Saya ni bukan spesies lelaki yang suka berjanji tapi tak tepati.” – SYAH

Kekurangan yang ada pada diri sendiri membuatkan keyakinan Mujahadah carik untuk menerima sekeping hati. Namun, sejak mengenali Syah…. dia tidak tahu jampi cinta apakah yang telah menyampuk dirinya. Mahu ditolak jauh Syah, jiwanya pulak dah tersimpul kuat dengan lelaki itu.

Atas tiket kesediaan, mereka menjadi kekasih halal yang sebenarnya. Tanpa disedari ada rahsia yang terbongkar dan mengubah cinta mereka menjadi dendam.

“Cerita apa ni, Adah? Abang tak faham.” - SYAH

“Jujur! Itu yang Adah nak! Just tell me the truth! Apa yang susah sangat nak buka mulut sedangkan benda tu dah ada dalam fikiran abang? Ada dalam hati abang!” - MUJAHADAH

Separuh hati mengaku kalah dan ingin melangkah pergi. Tetapi, mengapa separuh lagi memilih untuk bertahan?

Mampukah sebuah kepercayaan dikembalikan setelah ia dirobek begitu kejam? Sampai bila sumpahan dendam itu akan berakhir?

Satu hari, akan ada seseorang yang ditakdirkan untuk menghapus kisah silam. Mengakhiri kenangan pahit... menjadi akhir cerita yang indah. Sampai akhirnya kebencian itu berubah menjadi percikan cinta yang abadi.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Percintaan selepas perkahwinan dan hubungan kekasih halal
  • Konflik kepercayaan akibat rahsia dan penipuan
  • Dendam yang berpunca daripada kisah silam
  • Rasa rendah diri serta usaha memulihkan keyakinan diri

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Pembaca yang menggemari kisah cinta selepas perkahwinan
  • Peminat cerita tentang rahsia, dendam dan konflik rumah tangga
  • Pembaca yang menyukai tema pengampunan serta peluang kedua

Maklumat Buku

  • Penulis: Alya Husna
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838220248
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan