• 2119
1

Alaf 21

Tak Mungkin Dia

Regular price
RM 21.00
Sale price
RM 21.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Tak Mungkin Dia

Erina Jelita Putri, gadis biasa yang tidak punya apa-apa kecuali keluarga yang sentiasa mencurahkan kasih sayang kepadanya. Mengenali Azfar menjadi titik tolak permulaan hubungannya untuk mengenali insan bernama lelaki. Lantaran itu, hubungan mereka menjadi lebih akrab. Namun, sesuatu yang tidak pernah diduga merenggut kebahagiaannya. Kematian Azfar mengubah Erina menjadi seorang yang suka menyendiri. Keprihatinan ahli keluarga sempat membawanya kembali menjadi seorang gadis yang ceria. Ketiadaan Azfar dapat diterimanya.

Dia meneruskan hidup seperti biasa sehinggalah Izhar hadir di dalam hidupnya. Hubungan mereka memutikkan bunga-bunga kemesraan sehinggalah Izhar berani menawarkan cintanya kepada Erina. Kemunculan seorang pemuda persis Azfar telah mengelirukan fikiran gadis itu. Tidak mungkin pemuda yang dikenali sebagai Azrul itu Azfar. Sudah bertahun dia menerima hakikat bahawa Azfar sudah mati. Mengapa dia muncul? Aduh, sakit kepala dibuatnya! Konspirasi apa yang sedang mereka mainkan ini? Dia harus mematangkan dirinya. Dia harus mencari jawapan siapa Azrul dan Azfar sebenarnya. 

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta dan hubungan romantik
  • Kehilangan insan tersayang serta proses menerima takdir
  • Kekeliruan identiti dan kemunculan semula seseorang yang mirip masa lalu
  • Konspirasi, rahsia dan pencarian kebenaran

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel cinta penuh konflik emosi
  • Peminat kisah kehilangan dan peluang kedua dalam percintaan
  • Pembaca yang suka plot misteri berkaitan identiti serta rahsia masa lalu
  • Remaja dan dewasa yang menikmati kisah percintaan dramatik

Maklumat Buku

  • Penulis: Rania Firdaus
  • Penerbit: Alaf 21
  • ISBN: 9789831247327
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan