Fajar Pakeer
Hanya Ikhlas Untuk Kamu Oleh Bella H.
- Regular price
- RM 27.00
- Sale price
- RM 27.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Hanya Ikhlas Untuk Kamu Oleh Bella H.
Kalau mahu mengenal cinta, harus berkenalan dengan sakit hati…
Ya, aku sakit hati, tapi aku sanggup buat apa saja asalkan dia sedar kewujudan aku. Panggillah aku perempuan tak tahu malu, terdesak dan tak sedar diri, aku tidak akan berganjak dan mengalah – AISYA
Berjuta misi Aisya lancarkan untuk memikat Zill De Leon
Tampal lolipop pada lokar
Bagi pick up line yang diinspirasikan oleh Sepahtu
Tepis semua langau yang mahu menghinggap
Tapi, kenapa semua tak jalan ya? Hati Zill ni dimangga pakai apa, sampai pelbagai misi yang Aisya buat tak jadi?!
“If you can't act your age then you should at least try to measure your shoe size. From now on, aku tak nak tengok kau tergedik-gedik depan aku lagi.” – ZILL DE LEON
Hinaan halus daripada jejaka kesayangannya buat Aisya menangis. Kebekuan lelaki itu benar-benar mampu membunuh usaha dan mencalar jiwa.
Mengejar Zill selama ini adalah kebodohan yang dia cipta sendiri. Benar, cinta bertepuk sebelah tangan itu memang wujud.
Sudahlah… dia penat, dia benci, dia move on. TITIK.
Selepas enam tahun, mereka bertemu semula. Tetapi Zill sudah tidak mengenali Aisya…
Apakah misinya akan tetap diteruskan untuk memikat Zill?
Masih kuatkah pegangan Aisya setelah berkali-kali dirinya ditampar dengan sindiran yang mula menyedarkan dia supaya bertapak di bumi yang nyata?
Ada indah yang selalu diingat tentang kamu.
Ada air mata yang selalu bertapa kerana kamu.
Namun, jika menjauh mampu menenangkan segala-galanya, kenapa bukan pengakhiran itu saja yang diambil sejak dulu?
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Cinta bertepuk sebelah tangan dan usaha memikat seseorang yang tidak membalas perasaan
- Penolakan, sindiran serta kesan sakit hati dalam percintaan
- Proses move on, penyembuhan emosi dan membina semula harga diri
- Pertemuan semula selepas enam tahun dan peluang cinta kedua
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang gemar novel cinta Melayu dengan konflik emosi
- Pembaca yang pernah mengalami cinta bertepuk sebelah tangan
- Peminat kisah hubungan daripada zaman remaja hingga dewasa
- Pembaca yang menyukai tema move on, healing dan peluang kedua
Maklumat Buku
- Penulis: Bella H.
- Penerbit: Fajar Pakeer
- ISBN: 9789838221030
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg