Alaf 21
Cinta Top Secret Oleh Laila Kamilia
- Regular price
- RM 21.00
- Sale price
- RM 21.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Cinta Top Secret Oleh Laila Kamilia
Pengembaraan Jade dan Zed, dua orang perisik Agensi Perisikan Global (APG) merentasi London, Kuala Lumpur, Seoul, Hong Kong, Brussels, Bali dan Tanjong Malim. Misi mereka mahu menjejaki Mr. X yang memiliki mikrofilem TOP SECRET, mengandungi maklumat jenayah antarabangsa yang menjadi rebutan pelbagai pihak.
Tugas mereka melindungi keselamatan seorang gadis kampung bernama Maryam Eisya, anak Mr. X. Namun antara misi dan perasaan, hati mereka tewas dek keayuan dan kelembutan gadis itu. Perasaan mereka tergugah walaupun mereka cuba bersikap profesional.
Jade dan Zed bersaing mahu menawan hati Eisya. Masing-masing tidak mahu beralah. Semakin jauh kembara dua perisik ini, misi semakin buntu, persahabatan makin rapuh, bagaikan tiada kesudahan. Masing-masing mahu menunjukkan kehebatan mencari cinta sejati dan pada masa yang sama mahu menyelesaikan misi mereka.
Eisya dalam dilema untuk menerima ‘tawaran cinta’ kedua-dua jejaka itu. Padanya, mereka sama-sama hebat! Tapi hanya seorang yang harus dipilih. Siapa dan kategori apa? Bersediakah anda menyertai mereka menyelesaikan MISI CINTA TOP SECRET? Anda hanya ada lima saat untuk menerima misi ini!
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Dunia perisik dan misi sulit antarabangsa
- Perebutan mikrofilem rahsia yang mengandungi maklumat jenayah
- Cinta tiga segi antara Jade, Zed dan Maryam Eisya
- Pengembaraan merentasi pelbagai lokasi dunia
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik dan cinta tiga segi
- Peminat cerita perisik, misi rahsia dan jenayah antarabangsa
- Pembaca yang gemarkan novel aksi dengan unsur percintaan
- Peminat kisah pengembaraan merentasi pelbagai negara
Maklumat Buku
- Penulis: Laila Kamilia
- Penerbit: Alaf 21
- ISBN: 9789831249567
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg